Elak Gangguan Mental Pekerja, Majikan Tak Boleh Hantar Whatsapp Kepada Staf Lepas Waktu Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Elak Gangguan Mental Pekerja, Majikan Tak Boleh Hantar Whatsapp Kepada Staf Lepas Waktu Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 17, 2017
pada 9:48 AM

Menurut kajian, Malaysia merupakan antara negara tertinggi yang menggunakan Whatsapp di dunia. Ini membuktikan yang hampir kesemua urusan harian dilakukan dengan bantuan aplikasi ini temasuklah hal berkaitan dengan kerja.
Akibatnya, penggunaan Whatsapp dalam melakukan hal kerja memberi tekanan kepada pekerja kerana terpaksa menerima pesanan Whatsapp daripada majikan selepas waktu kerja. Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu. Sekiranya melebihi waktu tersebut, seorang pekerja berhak menuntut bayaran lebih masa. 

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, majoriti pekerja mula tertekan apabila urusan kerja masih saja berlaku menerusi aplikasi itu walaupun selepas tamatnya waktu pejabat. 


"Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja, pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya. Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan.''

 

Ada sesetengah pekerja mengakui yang hubungan antara pekerja dengan majikan menggunakan Whatsapp menjejaskan kehidupan peribadi. Ia bukan saja mengganggu emosi, malah turut menjejaskan masa kualitinya bersama keluarga dan rakan-rakan.