Ada Elaun & Peluang Kerja Tetap, 10 Syarikat Besar Ini Buka Peluang Pekerjaan Untuk Fresh Grad, Mohonlah!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Ada Elaun & Peluang Kerja Tetap, 10 Syarikat Besar Ini Buka Peluang Pekerjaan Untuk Fresh Grad, Mohonlah!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

May 23, 2018
pada 3:37 PM

Fresh grad sering kali berhadapan dengan masalah tiada peluang pekerjaan di pasaran. Ada yang sampaikan terpaksa grab mana-mana pekerjaan yang tidak setaraf dengan kelayakan, asalkan ada kerja untuk menyara kehidupan diri.

Fresh grad, pernah dengar tak tentang program Management Traineeships yang kebanyakannya ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar? Jangan terkeliru, ini bukanlah program seperti program SL1M. Melalui program Management Traineeships ini, peserta direkrut sendiri oleh pihak syarikat berdasarkan personaliti mereka ketika ditemuduga oleh panel syarikat. 

Jika berjaya menepati kriteria yang ditetapkan, peserta akan diajar tentang cara pengurusan syarikat secara berperingkat-peringkat. Apa yang menariknya lagi, peserta akan dijanjikan peluang kerja tetap selepas tamat program ini sekiranya menunjukkan prestasi yang memuaskan. Elaun atau gaji bulanan turut diberikan.

Di sini terdapat 10 senarai syarikat besar yang menawarkan program Management Traineeships untuk dimohon oleh fresh grads di luar sana. Cubalah mohon!

 

Sumber Oleh: Afterschool.my