Facebook Kongsikan 10 Tips Untuk Kesan Berita Palsu
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Facebook Kongsikan 10 Tips Untuk Kesan Berita Palsu

post by Izuan

by Izuan

Aug 23, 2017
pada 5:46 AM

Sekarang ini, Facebook dah jadi sumber utama untuk mengenali segala isu semasa. Pengaruhnya begitu kuat sehinggakan penggunanya terdiri daripada semua lapisan umur, segala info terkini boleh dikongsi secara langsung dan mudah diterima dengan hanya hujung jari sahaja.

Bagaimanapun, di samping ketangkasan dan kemudahan platform ini untuk menyampaikan berita, ada ancaman besar yang kerap berlaku dimana berita tersebut adalah palsu. Bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh dunia.

Ekoran dengan gejala penyebaran berita palsu yang semakin menular Facebook sendiri dengan kerjasama Badan Wartawan Malaysia  telah berkongsikan beberapa garis panduan untuk mengenalpasti samada berita tersebut benar atau pun palsu yang boleh menyebabkan kekecohan.

1. Perlu Bersikap Skeptical Terhadap Tajuk Berita

Menghasilkan 'headline' yang bagus adalah senjata utama untuk menarik perhatian pembaca, bagaimanapun ada segelintir penyebar berita yang memberikan tajuk sehingga lari dari konteks asal cerita. Jadi, jangan sesekali menilai sesebuah cerita itu melalui tajuk.

Menurut Facebook,  berita palsu seringkali mempunyai tajuk tajuk menarik. Jika tajuknya menimbulkan sebarang keraguan, jangan percaya.

2. Perhatikan URL

URL tipu atau seakan-akan laman berita rasmi/sah adalah satu petunjuk bahawa kemungkinan berita tersebut adalah palsu. Banyak laman berita palsu meniru sumber berita yang sah dengan membuat perubahan kecil di URL. Anda boleh pergi ke laman web berita rasmi tersebut untuk membandingkan sumber  URL yang ditubuhkan.

3. Siasat Sumbernya

Pastikan cerita itu ditulis oleh sumber yang anda percaya  untuk ketepatannya. Jika cerita itu berasal dari organisasi yang tidak dikenali, periksa bahagian "About" mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

4. Lihat Formatnya

Banyak laman berita palsu mempunyai salah ejaan atau susun atur yang janggal. Baca dengan teliti jika anda melihat tanda-tanda ini.

5. Perhatikan Aspek Gambar

Cerita berita palsu sering mengandungi imej atau video yang dimanipulasi. Kadang-kadang foto mungkin sahih, tetapi diluar dari konteks. Anda boleh mencari foto atau imej untuk mengesahkan dari mana ia datang.

6. Periksa Tarikh

Cerita berita palsu mungkin mengandungi garis masa yang tidak masuk akal, atau tarikh peristiwa yang telah diubah.

7. Semak Bukti

Semak sumber pengarang untuk mengesahkan bahawa mia adalah tepat. Kekurangan bukti atau tiada olahan daripada pakar yang tidak disebutkan namanya mungkin menunjukkan berita itu palsu.

8. Lihat laporan lain.

Sekiranya tiada sumber berita lain melaporkan kisah yang sama, ia mungkin menunjukkan bahawa ceita itu palsu. Sekiranya cerita dilaporkan oleh pelbagai sumber yang anda percayai, ia lebih benar.

9. Adakah Cerita Itu Cuma Nak Berlawak?

Kadang-kadang cerita berita palsu boleh menjadi sukar untuk dikenalpasti melalui humor. Semak sama ada sumber itu dikenali dengan parodi (laman parodi semata-mata), dan kenalpasti sama ada butiran dan nada cerita mencadangkan sumber,  ia mungkin hanya untuk keseronokan.

10. Sesetengah Cerita Memang Sengaja Salah Demi Perhatian

Berfikir secara kritikal mengenai cerita yang anda baca, dan hanya perlu berkongsi jika berita yang anda ketahui itu boleh dipercayai. Ada segelintir laman yang suka membuat ayat suspend, sebagai contoh seseorang yang kemalangan kecil, tetapi memberikan tajuk yang seolah-olah menggambarkan bahawa dia telah mati.

Sumber : Facebook