Fakta Tentang Kajian Orang Kerja Jauh Boleh Mati Awal Itu Benar
# Trending Semasa

Fakta Tentang Kajian Orang Kerja Jauh Boleh Mati Awal Itu Benar

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 4, 2022
pada 4:58 PM

Jauh dari tempat kerja punca cepat mati? Menarik betul info ini. Apa kaitannya antara jauh dari tempat kerja dengan kesihatan? Jenaka ataupun benar?

Berita ini memang bukan mainan, ianya dilaporkan oleh Stockholm, Sweden di mana bahawa mereka yang berulang-alik ke tempat kerja sejauh lebih daripada 48.2 kilometer sehari lebih cenderung untuk mati lebih awal berbading mereka yang tinggal berhampiran dengan tempat kerja. 

 

Mengapa tinggal jauh boleh mati awal?

Info ini didedahkan oleh seorang ahli geografi, Erika Sandow dari Universiti Umea di Sweden. Ianya berkait rapat dengan soal kesihatan. Dalam kajian tersebut jelas menyatakan bahawa mereka yang tinggal jauh daripada tempat kerja berkemungkinan mendapat tekanan darah tinggi, masalah jantung dan berdepan tekanan kerja.

Kajian ini juga turut disokong apabila mereka yang berulang-alik jauh ke tempat kerja lebih banyak mengambil cuti sakit serta menambah berat badan. 

Sayangi diri korang. Kerja kita tak tahu boleh tahan berapa lama tapi diri tu kita nak guna sampai ke tua. Jangan seksa diri melampau-lampau. Mungkin sekarang korang tak nampak lagi kesannya tapi percayalah, untuk jangka masa panjang nanti pasti akan terlihat.