'Food Expert' Larang Korang Makan 5 Makanan Ni Semasa Waktu Pagi, Bahaya Weh!
# Gaya Hidup

'Food Expert' Larang Korang Makan 5 Makanan Ni Semasa Waktu Pagi, Bahaya Weh!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jun 20, 2018
pada 10:22 AM

Sarapan pagi adalah hidangan yang paling penting dan wajib diambil oleh semua orang. Ini bagi memberi tenaga kepada setiap individu supaya mereka dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik dan bertenaga.

Namun, di sini ada 5 jenis makanan yang tak elok diambil pada waktu pagi menurut pakar pemakanan. Eh, ada ke makanan yang tak boleh diambil waktu pagi? Kalau admin, admin main belasah je sebab tak tahu...

 

#1 Bakon campur telur

Pakar pemakanan sangat tidak menyarankan anda untuk memakan telur bersama bakon pada setiap pagi kerana bakon mengandungi jumlah kolesterol dan lemak tepu yang sangat tinggi. Kedua-dua bahan ini boleh mengakibatkan penyakit kardiovaskular seperti jantung tersumbat.

 

#2 Sosej

Sosej mengandungi lemak, garam, penambah perisa dan bahan pengawet yang boleh mengganggu kesejahteraan perut selain meningkatkan risiko kanser. Uish, bahaya ni!

 

#3 Yogurt tanpa lemak

Rupa-rupanya, yogurt tanpa lemak adalah sama seperti satu hidangan aiskrim! Kalau korang memang tengah diet, jangan berhenti mengambil lemak susu kerana ia menyumbang kepada penghasilan hormon cholecystokinin yang membantu anda untuk kekal langsing.

 

#4 Susu

Ahli saintis melarang pengambilan susu pada waktu pagi kerana ia akan merangsang penghasilan asid perut sekali gus mengakibatkan pedih ulu hati. Malah, meminum susu juga boleh menyumbang kepada penumbuhan jerawat sekiranya individu berkenaan mempunyai alahan. Sebaiknya, anda perlu mengambil minuman susu hanya selepas menikmati sarapan.

 

#5 Nutella dan sapuan coklat cair yang pelbagai di pasaran

Ahli saintis telah melakukan penyelidikan dan mendapati daripada dua sudu besar Nutella mengandungi 83% lebih kadar pengambilan gula yang disarankan oleh pakar pemakanan.

Pengambilan sapuan coklat ini sememangnya dapat meningkatkan ‘mood’ seseorang namun anda akan mudah berasa letih dan lesu. Tambahan pula, kandungan minyak palma di dalam sajian ini adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan manusia.

 

Sumber Oleh: Era Baru