SPM Corot Tiada 'A', Lelaki Ini 'Survive' Kehidupan Jadi Boss Berjaya
# Gaya Hidup

SPM Corot Tiada 'A', Lelaki Ini 'Survive' Kehidupan Jadi Boss Berjaya

post by Izuan

by Izuan

Aug 19, 2021
pada 11:48 AM

SPM Corot Tiada 'A', Lelaki Ini 'Survive' Kehidupan Jadi Boss Berjaya

Kisah inspirasi kali ini team Mau Kerja berpeluang temu ramah empunya empire Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang mana sebuah organisasi yang melaksanakan kerja amal bagi membantu golongan Muslim yang susah di dalam dan luar Negara.

Di sebalik kejayaan dalam membantu orang lain terselit satu cerita yang mungkin buat kita semua kagum dengan cara perjalanan hidup anak muda ini. Ya Muhammad nama panggilannya bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang kaya malah dia juga bukanlah seorang yang miliki diploma ataupun ijazah.

Hanya berbekalkan SPM yang tidak cemerlang dia mampu buktikan kejayaan bukan terletak pada berapa banyak ‘A’ yang kita dapat. 

Video

Sejak dari sekolah saya merupakan pelajar corot dari kelas bawah..Result SPM saya juga tiada ‘A’ ...Tetapi satu perkara yang saya sedar dalam diri 

Latar belakang saya bermula dengan dunia Internet ni pada usia 16 tahun iaitu di tingkatan 4, saya merupakan penerima bantuan yang menerima sumbangan netbook 1 Malaysia.

Sejak dari sekolah saya merupakan pelajar corot dari kelas bawah. Cuba bayangkan jika ada 6 kelas saya kelas ke-5. Boleh dikatakan saya menolak pendidikan pada awalnya. Result SPM saya juga tiada ‘A’ sering di maki cikgu kerana saya memang tak minat belajar. Tetapi satu perkara yang saya sedar dalam diri saya ada bakat menulis dan marketing. Ternyata ia membuah hasil bila saya mula menulis blog sejak saya tingkatan 4. 

Saya ada bakat menulis...Saya Terus Daftar Akaun Untuk Jadi Blogger..Raih RM 8,000 sebulan.

Dipendekkan cerita dengan blogger memang boleh raih pendapatan yang bagi saya lumayan dan senang, tapi akhir sekali saya buat keputusan untuk tinggalkan dunia blogger yang telah beri saya RM8,000 sebulan sewaktu di SPM lagi.

Bayangkan orang kampung dapat netbook, gembira habis masa ni, dan sebaik dapat saya tak seperti kawan-kawan lain yang excited untuk buka akaun fb & myspace, tapi saya terus daftar akaun untuk jadi blogger.

Satu pengalaman yang paling best. Bukan sahaja boleh kreatif dalam menulis cerita menarik malah saya boleh raih keuntungan yang kadang kala luar biasa nilainya...Tetapi saya berhenti


 

Ketika sedang asyik dalam dunia blogger ternyata ia satu pengalaman yang paling best. Bukan sahaja boleh kreatif dalam menulis cerita menarik malah saya boleh raih keuntungan yang kadang kala luar biasa nilainya. Ya, Syukur inilah rezeki yang saya miliki. Tetapi saya berhenti menulis blog kerana saya yakin rezeki bukan tertumpu pada satu bidang sahaja. Allah sedarkan saya cepat, lain orang lain cara, tapi apa-apa pun ingatkan "Matlamat tidak menghalalkan cara"

Sahabat offer saya untuk jual Al-quran pelangi secara online..Hilang peluang untuk raih RM8,000 sebulan tapi diganti dengan RM35,000 seminggu

Ada sahabat saya offer saya untuk jual Al-quran pelangi secara online. Ternyata inilah satu titik permulaan dalam hidup saya kerana dengan kemahiran yang saya ada dapat membantu jualan Al-quran dengan begitu cepat. Siapa sangka hanya duduk rumah saya boleh raih untung sebanyak RM35,000 dalam masa seminggu. 

Inilah yang dinamakan kuasa rezeki yang tuhan beri. Dia boleh buka pintu seluas-luasnya malah dia mampu  juga yang menutupnya serapatnya. Ternyata saya hilang peluang untuk raih RM8,000 sebulan tapi diganti dengan RM35,000 seminggu 
Subhan allahh…

Kejayaan seseorang bukanlah dinilai dari kekayaan semata-mata.

Saya sekarang masih muda beruisa 23 tahun, ternyata perjalanan hidup saya bagai diatur. Kemewahan telah pun  saya rasai tetapi apa yang saya sedar kejayaan seseorang bukanlah dinilai dari kekayaan semata-mata. Apalah makna banyak duit tetapi kita sendiri tidak membantu orang yang lebih susah daripada kita. 

Saya sedar rezeki yang saya dapat hari ini sebahagian darinya bukan lah milik saya sepenuhnya. Jadi ini adalah amanah dari tuhan yang patut saya agihkan dengan cara dan saluran yang betul.  Saya Muhammad bin Jantan, anak muda yang sepenuh masa bersama Muslim Volunteer Malaysia - MVM