Gambar Mana Yang Korang Nampak Seram? Ini Sebenarnya Personaliti Yang Ada Dalam Diri Korang...
# Gaya Hidup

Gambar Mana Yang Korang Nampak Seram? Ini Sebenarnya Personaliti Yang Ada Dalam Diri Korang...

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 19, 2022
pada 8:13 AM

Personality test ataupun dipanggil sebagai ujian personaliti merupakan satu ujian psikologi yang mengkaji tentang keperibadian diri seseorang individu itu secara lebih mendalam dan terperinci. Ujian personaliti ini boleh terbahagi kepada beberapa bentuk ujian personaliti seperti ujian personaliti diri, ujian personaliti kerjaya dan banyak lagi. Korang nak cuba ujian personaliti ini? Kalau nak, jom pilih gambar yang mana satukah yang menimbulkan perasaan seram masa mula-mula korang pandang? Nombor 1, nombor 2, nombor 3 ataupun nombor 4? Semuanya ada makna tau!

 

# Nombor 1

 

Korang takut dengan tangga ni? Ini bermakna korang dahagakan kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan dan keseronokan. Bila korang tengok tangga ni, korang gambarkan perasaan ditanam, yang bermaksud korang takutkan kematian.

Di sebalik tangga ini pastinya terdapat banyak benda tersembunyi yang korang sendiri tak tahu akan kewujudannya. Ini bermakna ada sesuatu yang menanti di hadapan hidup korang tapi korang sendiri tak tahu.

Jadi, apakah khazanah berharga yang korang cari dalam kehidupan sebenarnya? Apa yang korang cari sebenarnya adalah kesihatan. Sekiranya betul inilah apa yang korang cari dalam hidup, inilah masanya untuk korang mengamalkan gaya kehidupan yang sihat. Pastikan korang menjaga kesihatan yang baik dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, lebih-lebih lagi tentang gaya pemakanan korang. Kalau boleh elakkan fast food dan banyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan banyak lagi. Sekali sekala perlu juga berdiet tau!

 

# Nombor 2

Adakah korang takut bila melihat pondok buruk yang usang ini? Ini menggambarkan korang ni mempunyai hati yang besar, baik hati, mulia dan setia. Korang akan sentiasa melindungi orang yang korang sayang dan berusaha untuk penuhi segala impian mereka.

Khazanah yang korang cari dalam rumah ni adalah kekayaan. Bila sebut saja kekayaan, ini tak bermakna korang ni seorang mata duitan ataupun materialistik. Korang memerluka kekayaan untuk meningkatkan dan memperkuatkan lagi keselamatan orang-orang tersayang serta ingin memberi kehidupan yang baik kepada mereka. Sebab itulah korang merasakan yang kekayaan itu penting.

 

#Nombor 3

Jika korang takut untuk memasuki bangunan terbengkalai ini, ini bermakna korang merupakan seorang yang kuat dan bijak berfikir secara analitik. 

Khazanah yang korang cari dalam hidup ini adalah kepuasan emosi. Korang menginginkan hubungan yang mendalam dengan seseorang daripada segi rohani dan emosi. 

 

#Nombor 4

Ada sesiapa yang takutkan dengan perigi tak? Korang takutkan perigi ini sebab korang tak tahu apa yang berada pada penghujung perigi dan bagaimana korang akan keluar daripada perigi ni nanti. Gambar ini menggambarkan perasaan boring atau kebosanan. Situasi ni mungkin kelihatan menarik bagi mereka yang gemar bersendirian, tetapi tak bagi diri korang.

Khazanah yang korang cari adalah perjalanan. Korang mahu menghabiskan banyak masa di luar, belajar benda baru dan menikmati kehidupan.