Gelagat Sedara Mara Ketika Hari Raya! Korang Yang Mana?
# Trending Semasa

Gelagat Sedara Mara Ketika Hari Raya! Korang Yang Mana?

post by Aisya

by Aisya

Jun 13, 2018
pada 7:10 PM

Raya adalah hari yang paling best sekali. Almaklumlah bila raya ni lah kita semua dapat berkumpul bersama-sama. Hari-hari biasa tu nak berkumpul agak susah lah juga. Masing-masing dah busy dengan kerja. Tapi bila dah berkumpul ramai-ramai ni, macam-macam jenis perangai akan keluar. Time ni lah kita mula kenal sedara mara kita. 

1. Anti sosial dan jarang bersembang 

Ahli keluarga seperti ini sering mendapat jolokan kera sumbang. Selalunya si dia akan mencari tempat yang asing dari keluarga untuk bermain gajetnya dan takde pun nak bertanya khabar ke berbual dengan sedara mara yang lain.

2. Suka berkepit dengan pasangan

Biasanya mereka yang baru je berkahwin. Jenis kemana-mana nak berkepit je berdua 24jam sampai tak fikir dan sedar pun kewujudan ahli keluarga yang lain. Dah macam belangkas dan konon-kononnya pasangan ni sebagai pasangan paling sweet lah tu! Tapi kalau ye pun, cuba lah bergaul sikit dengfan ahli keluarga yang lain. Tak salah nak bersweet2 tapi biar lah bertempat. Ye dok? 

3. Sedara yang jenis havoc semacam

Ni jenis yang buat kecoh selalu. Kalau dia takde, macam tak meriah hari raya korang. Mana taknya, dia lah yang paling menyerlah sekali dengan lawak jenakanya dan suaranya yang kuat tu bila berkumpul ramai-ramai. Dia sorang je dah macam 10norang. Sedara macam ni, memang tak kering gusilah bil aberkumpul. Meriah je! 

4. Jenis selfie memanjang

Jenis yang handphone selalu di tangan. Kejap-kejap selfie, kejap-kejap selfie. Baru potong lemang sebatang dah nak selfie, buat kerja sikit selfie.  Lepas tu pload dekat media sosial dengan caption yang acah-acah sangat tau. 

5. Sedara yang kuat membawang

Setiap kali berkumpul, pasti ada je cerita yang nak disampaikannya. Kalau topik yang nak dicerita tu jenis isu semasa takpe lah juga kan, tapi ni kadang-kadang hal rumah tangga orang lah, gosip itu lah ini lah. Kadang-kadang tu siap membawang pasal sedara mara sendiri yang lain tu. Adoii tahan je lah telingan dengan sedara macam ni ye. 

6. Tuan puteri yang tak reti nak menolong 

Haa pasti ada antara sedara korang yang jenis duduk je tak reti nak menolong kan? Kalau tak pandai masak ke apa takpe lah, tapi sekurang-kurangnya ringan-ringan lah tulang sikit ye bila dah berkumpul tu. Ni tau nya semua benda nak tersedia depan mata. Bila dah makan tu, main tinggal je pinggan. Atleast basuh lah pinggan tu ke, tolong mengemas ke, bancuh air ke apa kan. 

Tapi walau macam mana pun perangai mereka, cubalah berlapang dada dan terima mereka seadanya. Hehe