Geram Sebab Lain Dicari, Lain Yang Keluar? Ini 3 Teknik Bagaimana Nak Google Kerja Kosong
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Geram Sebab Lain Dicari, Lain Yang Keluar? Ini 3 Teknik Bagaimana Nak Google Kerja Kosong

post by Izuan

by Izuan

May 19, 2017
pada 7:44 AM

Satu-satunya 'sahabat yang paling boleh diharap untuk membantu kita mencari sebarang info adalah Google, inilah satu-satunya enjin pencarian utama bagi kita semua untuk memeperoleh sebarang maklumat yang dimahukan.

Kalau sebelum ini kami pernah kongsi  teknik-teknik 'search' Google. untuk mendapatkan hasil pencarian yang lebih tepat.Kali ini, kami kongsikan cara yang paling tepat dan mudah mencari kerja melalui enjin pencarian ini.

Tak kira samada anda graduan muda atau sudah berpengalaman, ketika mencari kerja pasti setiap orang ada caranya tersendiri,  namun adakah info yang anda peroleh itu telus dan tepat? Mesti bosan kalau hari-hari keluar benda yang sama kan?

Jangan bergantung hanya pada platform-platform tertentu sahaja, pelajari teknik yang pantas dan berkesan bagaimana untuk mencari kerja dengan hanya menggunakan Google. 

1. Gunakan Quotes "..."

Walaupun enjin pencarian terbesar di dunia, Google masih belum mampu membaca fikiran anda dengan tepat. Bila anda menggunakan quotes semasa meng- Google, anda boleh memperoleh frasa yang lebih tepat. Contohnya jika anda hanya taip job in (nama syarikat), hasil pencarian akan bersepah, akan keluar bermacam-macam, hanya beberapa info sahaja mengenai kerja dan sebelihnya info syarikat apabila scroll kebawah.

Kadang-kadang keluar benda-benda merepek, jadi jika menggunakan simbol quotes "job in (nama syarikat)" Google akan memberikan hasil pencarian selaras dengan apa yang anda cari. Hanya senarai jawatan yang disedikan di syarikat tersebut sahaja yang akan keluar. Namun, ia akan muncul daripada bermacam-macam platform.

2.  Letakkan Simbol Tolak "-" Kalau Tak Nak Dapat Hasil Pencarian Daripada Sesebuah Laman.

Kadang-kadang results yang Google berikan ini terlalu banyak, contohnya seperti cara pertama tadi, apabila gunakan quotes, memanglah bermacam-macam jawatan akan keluar daripada syarikat tersebut, namun ia akan muncul daripada pelbagai platform.

Biasanya, info yang paling tepat untuk mengetahui jawatan tersebut masih 'valid' atau tidak adalah melalui laman rasmi syarikat tersebut dan segera dipadamkan apabila ada calon sudah ditemui berbanding dengan platform lain. Kalau tak nak platform itu muncul, hanya tambahkan simbol "-" sebelum menulis tempat yang anda tidak mahu.

3. "Working at (Nama Syarikat)" Kalau Nak Tahu Review Daripada Pekerja

Kami pasti anda mesti ada idam-idamkan untuk bekerja di sesebuah syarikat bukan? Dan kalau boleh nak 'stalk' memanjang, tapi takut rugi anda tanya kawan-kawan yang bekerja disitu, dan mereka kata seronok padahal ada perkara teruk disebalik 'keseronokan' kerja mereka.

Untuk memastikan bahawa anda tidak terjerat dengan kata-kata manis mereka, Google boleh dedahkan review daripada pekerja, bekas pekerja syarikat tersebut. Hanya perlu taip "working at (nama syarikat)" .

Alahai, tapi kalau nak lebih senang,pergi je ke laman Maukerja Malaysia, laman ini ada menyediakan lebih 13,000 kerja kosong tau, pergi je kat situ dan tengok. Hehe!