" Graduan Muda..Ikut Passion"- 'Quit' Sem Akhir Dalam Bidang Medik, Ini Mesej Inspirasi Jurusolek Berjaya
# Gaya Hidup # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

" Graduan Muda..Ikut Passion"- 'Quit' Sem Akhir Dalam Bidang Medik, Ini Mesej Inspirasi Jurusolek Berjaya

post by Izuan

by Izuan

Aug 29, 2021
pada 8:07 AM

" Graduan Muda..Ikut Passion"- 'Quit' Sem Akhir Dalam Bidang Medik, Ini Mesej Inspirasi Jurusolek Berjaya

Dari bidang perubatan gadis ini nekad berhenti dan kini dia berjaya sebagai seorang make up artis. Kini dia juga boleh dikatakan sebaris juru-makeup paling popular di Malaysia. Kejayaan penjenamaan dirinya nya mampu dilihat berjaya bukan saja dalam landasan solekan malah juga perniagaan.

Edisi kali ini kami dari team MauKerja berpeluang untuk mendekati Shazreeyana Shukri yang merupakan pemilik shazreeyanashukri.com

Setiap manusia pasti ada kisah suka &  duka yang terselit dipersimpangan jalan menuju kejayaan. Transaksi hidupnya berubah secara 360 darjah. Begitulah cerita yang bakal beri inspirasi kepada korang semua. Semua pernah lalui kegagalan malah perlu tabah harungi dugaan yang bakal menimpa.

CITA-CITA SAYA DOKTOR CIKGU!!”

"Bila orang tanya masa kecil nak jadi apa? Saya memang  pilih doktor sebagai kerjaya impian. Biasalah semua kanak-kanak dimomokkan dengan kerjaya doktor sebagai satu kerjaya yang paling berjaya. Semestinya keluarga juga bangga jika ada anaknya yang bergelar doktor. Usah di Tanya kepada saya sahaja. Anda juga pasti pernah bercita-cita menjadi doktor ketika kecil bukan? ini yang berlaku kepada saya sehingga dewasa saya target gelaran doktor. Ya, tuhan makbulkan doa saya untuk belajar dalam bidang perubatan. Siapa sangka setahun perjalanan hidup saya berubah secara total. 360 darjah berubah mungkin saya harus lupakan impian kecil saya. Malah sesuatu yang lebih cerah bakal saya tempuhi di hadapan…

"Belajar medik selama setahun tahun di Rusia dibawa tajaan MARA"

Tahun pertama saya belajar medik selama setahun tahun di Rusia dibawa tajaan MARA merupakan satu langkah paling membanggakan dalam hidup saya suatu ketika dahulu. Memandang dari kecil saya pasang cita-cita untuk bergelar doktor. Malah, keluarga juga meletakkan harapan yang tinggi kepada saya. Dari situ saya belajar bagai nak gila untuk memenuhi kehendak keluarga. Sehingga saya berjaya di memasuki alam universiti. Tuhan makbulkan impian saya untuk berada dalam bidang perubatan atas usaha keras saya.

Inilah yang dikatakan “Pengayuh sayang di basahkan, sampan tak akan sampai ke seberang…”

"Selama setahun di Rusia...  Tuhan menguji saya dengan masalah kesihatan yang saya alami menyebabkan saya sendiri terpaksa tangguh pembelajaran saya ketika itu"

Selama setahun di Rusia. Saya diuji dengan satu perkara yang membuatkan saya ubah kehidupan saya. Mana tidaknya inilah yang dikatakan  Tuhan menguji saya dengan masalah kesihatan yang saya alami menyebabkan saya sendiri terpaksa tangguh pembelajaran saya ketika itu. Doktor sahkan saya alami ketumbuhan di ovari. Luruh jiwa, kecewa dan sedih. Saya lalui fasa hidup yang diuji dengan begitu hebat. Sebagai seorang anak saya tak nak hampakan harapan ibu bapa. Niat untuk teruskan pembelajaran dalam bidang perubatan masih lagi kuat dan saya tekad untuk terus belajar biarpun saya harus tanggung kesihatan yang perlukan rawatan yang begitu rapi. Sehinggalah suatu ketika keluarga saya di tanah air mengetahui situasi ini.

"Diarah pulang ke Malaysia..saya teruskan pembelajaran saya di UM dalam bidang yang sama..Ketumbuhan di ovari yang saya alami harus di rawat dengan segara"

Lantas, saya diarah pulang ke Malaysia untuk mendapat rawatan doktor pakar di Malaysia. Setelah balik di Malaysia saya teruskan pembelajaran saya di UM dalam bidang yang sama. Boleh dikatakan saya seorang wanita yang kental.  saya harus terus berjalan biarpun masa berlalu dengan begitu pantas. Saya yakin jika patah sebelah sayap saya mampu berjalan guna kaki.

Bertarung dengan pelbagai perasaan. Dunia saya bagaikan gelap. Ketumbuhan di ovari yang saya alami harus di rawat dengan segara. Ternyata tuhan menjatuhkan dugaan kepada hamba yang kuat untuk hadapinya. Syukur, segala rawatan dan proses pembuangan ketumbuhan berjalan dengan lancar. Dari situ saya ambil masa untuk berehat dari sebarang jenis kerja.

"Saya terlalu lama tinggalkan dunia pembelajaran saya...masa yang terluang saya habiskan masa dengan lihat tutorial make up di youtube dan kongsi pengalaman saya di blog saya"

Dalam tempoh berehat. Saya terlalu lama tinggalkan dunia pembelajaran saya. Dari situ saya banyak berehat dan ambil masa untuk diri saya sendiri dan keluarga. Dengan masa yang terluang saya habiskan masa dengan lihat tutorial make up di youtube dan kongsi pengalaman saya di blog saya. Saya mmg suka makeup! Perempuan mana yang tak suka bila Nampak cantik kan? Jadi dari situ saya mula jatuh cinta dengan minat baru saya dan siapa sangka saya tinggalkan dunia perubatan dan beralih arah dalam bidang solekan. Dari situ saya mula buat tutorial solekan saya sendiri dan ambil upah make up kawan-kawan.

Saya ingat lagi upah pertama saya adalah RM50 untuk sekali make up. Gembira bagai nak melompat rasanya bila terima upah dari pelanggan. Selepas dari tu ramai pula sahabat yang suka dengan solekan saya dan suka dengan perkhidmatan yang saya sediakan. Bukan nilai RM50 itu buat saya gembira tetapi saya gembira kerana saya terfikir bahawa bidang ini mampu pergi jauh dan boleh dijadikan kerjaya. Ya, betul! Dan setelah skill makin mahir upah bayaran solekan juga meningkat Alhamdulillah. Ramai yang sudah kenal Shazreeyana Shukri sebagai seorang makeup artis

"Sehingga tahun akhir di UM, timbul pula rasa bahawa bidang medik bukan passion saya!"

Bukan mudah nak bergelar doktor. Sesi pembelajaran juga makin tahun makin sukar. Dalam masa yang sama tempahan solekan saya juga semakin padat dan jadual saya kami penuh saban minggu. Sejujur-nya saya dibanjiri dengan tempahan solekan yang luar biasa. Ya, saya harus fikir bahawa rezeki yang tuhan beri ini adalah jalan baru bagi saya. Saya harus buat pilihan sama ada terus mencapai cita-cita ataupun ambil sahaja apa yang jelas termaktub di depan mata.

Ya, sesebuah kerjaya itu adalah satu ibadah. Saya Harus fikir buat apa saya harus teruskan sesuatu pekerjaan sedangkan saya sendiri tidak ikhlas untuk melakukannya. Memang bidang solekan ini adalah minat saya yang saya beri sepenuh hati ketika melakukannya.

"Bidang kecantikan adalah minat saya dari kecil..Ramai juga mentaliti Malaysia yang masih underestimate kerjaya makeup artis. Bagi mereka kerjaya ini hanya sekadar hobi dan bukan mata pencarian utama"

"Bidang kecantikan adalah minat saya dari kecil. Saya terinspirasi dengan mak saya kerana dia juga miliki perniagaan salon secara kecilan di kampung. Pernah saya curi barang make up mak saya dan saya pakai di sekolah. (ketawa)  Minat tu sudah ada tetapi saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan hobi saya sebagai sebuah kerjaya.

Ramai juga mentaliti Malaysia yang masih underestimate kerjaya makeup artis. Bagi mereka kerjaya ini hanya sekadar hobi dan bukan mata pencarian utama. Ada yang pandang ‘LEKEH’ pilihan saya menjadi make up artis. Alhamdulillah revolusi solekan pada hari ini menjadikan satu kerjaya yang di pandang tinggi. Malah ia juga di naik taraf sebagai satu industri yang mula mendapat sambutan dari ramai remaja untuk ceburi. Saya yakin ada make up artis di Malaysia juga yang berjaya raih pendapatan bulanan cecah 4 angka dan juga yang lebih dari itu. "

Revolusi solekan pada hari ini menjadikan satu kerjaya yang di pandang tinggi

Dalam bidang solekan banyak lagi perkara yang perlu saya lalui. Saya bukanlah super senior yang miliki super power dalam bidang ini.

Masa berjalan begitu pantas. Satu persatu tuhan buka pintu rezeki untuk saya. Kini saya mencipta website ShazreeyanaShukri.com sebagai satu platform bagi seluruh produk local yang berkualiti yang menjadi pilihan saya di jual di dalam website ini. Saya sejujurnya sangat cerewet dalam pemilihan produk untuk di aplikasi pada wajah. Jadi dengan adanya website ini merupakan satu beauty center bagi peminat kecantikan yang inginkan produk kecantikan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Dari situ saya ingin kukuhkan lagi nama Shazreeyana Shukri dengan mencipta produk atas kolaberasi bersama jenama Alisa Angel. Dari situlah hadirnya produk itu di lahirkan. Apa yang lebih menggembirakan adalah Alisa Angel X Shazreeyana Shukri merupakan satu fenomena dalam bidang kosmetik.

Siapa sangka produk ini laris terjual dalam masa 2 minggu sahaja. Permintaan bertubi-tubi dari pelanggan. Biar setahun jenama ini berada di pasaran boleh dikatakan tidak sampai masa seminggu production produk ini laku bagaikan pisang panas. Inilah yang dinamakan kekuatan branding  Shazreeyana Shukri itu sendiri yang saya sudah formulasikan sehinggalah ia ke tahap sebegini. Alhamdulillah…

"Graduan yang baru tamat pengajian jangan rasa down bila susah nak dapat kerja..kita perlu cipta pengalaman yang mana suatu hari nanti akan menjadi nilai yang sangat berharga jika bukan di nilai dalam slip gaji mahupun wang ringgit"

Graduan yang baru tamat pengajian jangan rasa down bila susah nak dapat kerja, sekarang memang sukar untuk mendapat pekerjaan yang kita ingin kan. Bagi saya tidak salah kita explore perkara yang kita suka. Ikut passion. Tidak bermakna kita perlu bekerja dalam bidang yang kita pelajari. Jangan takut untuk risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Pokok pangkalnya rezeki itu datang dari kesungguhan kita dan keizinan tuhan. Jika niat kita baik untuk melakukan sesuatu insha-allah hasilnya juga akan mendatangkan keuntungan yang membuak-buak.

Sebagai orang yang masih hijau dalam apa jua pekerjaan juga tak boleh terlalu memilih. Dari situlah kita perlu cipta pengalaman yang mana suatu hari nanti akan menjadi nilai yang sangat berharga jika bukan di nilai dalam slip gaji mahupun wang ringgit. Mungkin ia merupakan momen yang paling bermakna dalam hidup anda. Percayalah!

"Pilihan saya untuk berhenti menjadi doktor dan menjadi make up artis sepenuh masa merupakan satu pilihan yang SALAH.  Ternyata mereka silap!"

Lumrah hidup sebagai seorang manusia, kita diciptakan dengan penuh sempurna sifatnya miliki rasa dan perasaan biarpun berbeza paras dan rupa. Ada juga orang luar yang melemparkan kata nista dengan mengatakan pilihan saya untuk berhenti menjadi doktor dan menjadi make up artis sepenuh masa merupakan satu pilihan yang SALAH.  Ternyata mereka silap!

Pada awalnya saya terkesan dengan kata – kata masyarakat sekeliling. Setelah saya sedar saya tidak perlu endah kan apa yang mereka ingin katakan. Kerana mereka akan terus berkata-kata sedangkan saya harus jadikan ia satu motivasi dan pembakar semangat untuk terus bangun dari kegelapan. Saya harus buktikan bahawa apa sahaja pilihan yang saya lakukan berbaloi untuk diri saya dan juga keluarga. Kini terbukti  apa yang saya raih pada hari ini adalah hasil titik peluh dan kesungguhan saya selama ini.

Saya yakin ramai juga di antara kita mengalami perkara yang saya seperti saya. Ya, saya yakin. Tapi jangan terus gelumang dengan kemurungan yang di cipta oleh kita sendiri. Bangkit dan harungi sesuatu masalah itu dengan penuh tenang. Cipta kelompok kita dengan mereka yang positif dan elak dari usur negatif kerana ia bakal membunuh setiap cita-cita yang anda impikan.