GST Pada Kadar Sifar & SST Tak Diperkenalkan Lagi. Manfaatkan Peluang Ini Sebaiknya!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

GST Pada Kadar Sifar & SST Tak Diperkenalkan Lagi. Manfaatkan Peluang Ini Sebaiknya!

post by Aisya

by Aisya

May 26, 2018
pada 11:07 AM

Sejak tahun 2015, kerajaan telah menukar sistem percukaian dan mengenakan cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) kepada perniagaan yang menepati syarat percukaian. Cukai sebanyak 6% dikenakan dari pengeluar, pengilang, dan pengedar. Cukai ini sekaligus memberikan kesan terhadap pelbagai perkhidmatan di internet, antaranya harga langganan penstriman, harga pelan prabayar dan pascabayar dan sebagainya.

Namun bermula 1 Jun 2018, kerajaan telah mengumumkan yang mana kadar cukai GST akan dikenakan pada kadar sifar berkuatkuasa di seluruh negara. Peniaga-peniaga yang berdaftar dengan cukai GST perlu mematuhi perundangan ini dan memastikan kadar sifar 0% dikenakan untuk GST selepas tarikh tersebut.

“Peniaga-peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat
kepada pengguna.”-Ketua pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Datuk Seri T. Subromaniam.

Apa yang menariknya lagi ialah, buat masa sekarang ni, kerajaan juga tidak akan melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tapi walau bagaimanapun, cukai tersebut akan dilaksanakan juga suatu hari nanti. 

Oleh kerana GST akan turun pada kadar sifar dan SST turut tidak dilaksanakan lagi, semua perniaga diminta untuk turunkan semua harga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini diletakkan pada kadar enam peratus bermula awal bulan depan. 

Namun sekiranya terdapat pihak yang masih tak turunkan harga dan sekiranya pihak berwajib menerima laporan dari pengguna, perniaga akan dikenakan tindakan tegas yang sewajarnya tanpa berkompromi. 

“Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah
mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.”