Hanya Guna 1 Aplikasi, Wanita Ini Ajar Buat Gambar Passport Dalam Masa 5 Minit Je!
# Gaya Hidup

Hanya Guna 1 Aplikasi, Wanita Ini Ajar Buat Gambar Passport Dalam Masa 5 Minit Je!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 1, 2019
pada 8:26 AM

Zaman sekarang ni kalau kita pergi kedai gambar dan buat gambar passport berapa RM kena caj? RM10? RM20? Percaya tak sebenarnya kalau kita buat sendiri kat rumah, print kat kedai baru kena caj RM2 untuk kertas gambar. Yang selebihnya tu untuk apa? Skill jurukamera, penggunaan kamera, studio dan sebagainya. Mahal juga kan? Tapi, macam mana nak buat sendiri kat rumah?

Haa, zaman sekarang yang serba canggih ni, semua orang ada smartphone dan mahir menggunakan aplikasi untuk edit gambar kan? Jangan tipulah, gambar korang kat Instagram tu, siapa edit kalau bukan korang kan?

Nak tau macam mana nak buat gambar passport sendiri kat rumah? Guna 1 aplikasi je, dalam masa 5 minit dah siap! Jom ikut cara Umairra Razali ni…

 

1. Mula mula download apps PICSART, picsart sahaja ye, yang lain jangan download.

 

2. Lepas dah siap download apps, tekan EDIT dan masukkan gambar yang hendak diedit untuk dijadikan gambar passport.

 

3. Kemudian tekan CUTOUT

 

4. Bila dah tekan CUTOUT dia akan keluar dua lambang ni, tekan lambang kepala dan badan orang tu. Dia akan tolong editkan siap siap, kalau nak adjust tekan yang sebelah dia tu. Edit la sampai korang puas hati.

 

5. Lepas tu jangan lupa tekan SAVE dan ianya akan masuk ke dalam album korang. Ni adalah hasil selepas cutout tu. Background asal belakang dia akan hilang.

 

6. Ni adalah hasil selepas cutout tu. Background asal belakang dia akan hilang.

 

7. Lepas tu buka PICSART semula dan cari background yang berwarna biru (BLUE BACKGROUND) ke Plain background ke, bergantung kepada tujuan gambar korang dibuat. Kemudian klik gambar background yang korang berkenan.

 

8. Masukkan gambar yang korang dah siap cutout tadi.

 

9. Dia akan jadi macam ni bila korang add photo, ha masa ni korang buat cantik cantik dan crop apa yang tak perlu. Kalau tak reti crop kat sini, crop dekat dekat gambar album korang nanti pun boleh. Kemudian tekan SAVE.

 

10. Selepas berhempas pulas berminit minit, maka terhasil lah seorang BIDADARI SYURGA. Tahniah untuk anda yang berjaya sampai ke peringkat ni.

 

Kredit Freelancer: Muhamad Shaifullah Bin Tayep