Hanya Kerja 2 Tahun Sepanjang 70 Tahun Hidup! Mengejutkan Cara Dia Tanggung Hidup Lepas Tu!
# Trending Semasa

Hanya Kerja 2 Tahun Sepanjang 70 Tahun Hidup! Mengejutkan Cara Dia Tanggung Hidup Lepas Tu!

post by sofea

by sofea

Nov 19, 2018
pada 9:23 AM

Syoknya, kerja 2 tahun je? Habis tu macam mana dia teruskan hidup lepas tu?

Seorang lelaki Jepun yang berusia 70 tahun telah mendedahkan baru-baru ini bahawa dia memiliki gaya hidup yang luar biasa simple, 100% dengan hanya menggunakan wang peninggalan ibu bapanya. Menariknya, dia hanya kerja selama 2 tahun sepanjang kehidupannya. Kisah sedihnya pula, dia tak pernah terlibat dalam hubungan percintaan disebabkan gaya hidup yang dipilih.   

Berdasarkan laporan yang dibuat oleh China Press, kedua-dua ibu bapa lelaki ini meninggalkan sejumlah wang yang besar sebelum mereka pergi. Tidak lama selepas kematian kedua ibu bapanya, lelaki ini terus meletak jawatan dan bercadang untuk hanya menggunakan duit peninggalan ini untuk menampung kehidupannya. 

Apa yang dipuji pasal lelaki ni adalah dia memang berdisiplin dalam bab perbelanjaan dan cukup bijak merancang. 

Ini cara dia belanja:

Belanja bulanan = 60,000 Yen +- / RM2,200 +-

Makanan = 3 kali sehari (Kacang edamame untuk protein & sekali-sekala bawang goreng dengan nasi putih)

Tapi!

Kalau korang melihat keadaan kehidupannya di rumah, baru korang tahu kenapa dia tak pernah bercinta. 

Terlalu simple sampaikan dia mengamalkan habit untuk meletakkan balik bekas makanan yang digunakan pada rak tanpa membasuhnya balik! Yikes!

Gambar Hiasan

Selain tu, walaupun tinggal berseorangan, rumahnya dipenuhi dengan bermacam barangan yang tak diperlukan dan sampah-sarap! Yang tak boleh tahannya, dia langsung tak kisah untuk tidur di atas tilam yang dipenuhi dengan longgokan pakaian kotor!

Apa rancangannya kalau duit dah habis? 

Tak ada sebarang perancangan, cita-cita atau impian, satu-satunya perkara yang dia ingin lakukan bila duit dah licin adalah membunuh diri. 

"Bila semua duit dah habis, saya akan berhenti hidup."

Macam mana pula dengan ahli keluarga lain? 

Lelaki ni dikatakan memang hidup sebatang kara, tanpa kekasih hati mahupun keluarga memandangkan satu-satunya orang yang rapat dengannya adalah kakaknya sendiri, yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. 

"Bila semua wang peninggalan dah habis, saya akan mati memandangkan saya hidup seorang diri. Tiada apa untuk diingati dan hidup ni tak ada makna lagi."

Kalau korang ada duit peninggalan sebanyak yang dimiliki lelaki ni, adakah korang ingin hidup tanpa buat apa-apa sepertimana yang dilakukannya?