Harga AXIA Terbaharu 2019, Serendah RM24,000, Lebih Banyak Varian STYLE, Teknologi Terkini!
# Trending Semasa

Harga AXIA Terbaharu 2019, Serendah RM24,000, Lebih Banyak Varian STYLE, Teknologi Terkini!

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 22, 2019
pada 11:36 AM

Perodua Axia 2019 dibuka untuk tempahan dari RM24,090 tentatif – kenderaan paling mampu milik di Malaysia dengan ciri keselamatan canggih, varian baharu STYLE.

Enam varian – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – ditawarkan dengan harga tentatif RM24,090-43,190 (atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia). 

Semua varian dikuasakan dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan pemasaan injap boleh ubah pintar (VVT-i) yang disambung kepada transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik kawalan elektronik empat-kelajuan pada semua varian lain.

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0*) Perodua, yang pertama muncul pada SUV tujuh-tempat duduk Aruz pada Januari lalu, kini memasuki model Axia menerusi varian AV, menjadikannya kenderaan dengan ciri yang sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Semua varian dari GXtra dan ke atas dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD).

Perodua Axia 2019 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat.

 

*Maklumat lanjut layari http://www.perodua.com.my/ atau Facebook/Perodua

Sumber: Perodua 


Senarai Jawatan Kosong 2019 

Pakar Jualan Perkhidmatan Pelanggan
RM1,500 - RM4,000 Per Month
Petaling Jaya, Selangor
Sepenuh Masa

https://www.maukerja.my/job/799793-customer-service-sales-specialist

 

Tele-Pemasaran
RM2,000 - RM4,000 Per Month
Johor Bahru, Johor
Insentif + Komisen + Bonus

https://www.maukerja.my/job/800036-telemarketer

 

Guru
sehingga RM2,000++
Subang Jaya, Selangor
Minimum Sijil Professional/Diploma

https://www.maukerja.my/job/802539-teacher

 

Pembantu Pentadbiran
RM1,800 - RM2,100 Per Month
Senai, Johor
Minimum Sijil Professional/Diploma

https://www.maukerja.my/job/802638-admin-assistant

 

Eksekutif Kewangan
RM600 - RM6,000 Per Month
Shah Alam, Selangor
Komisyen MINGGUAN & BULANAN

https://www.maukerja.my/job/801045-wealth-planner-cum-my-2nd-income

 

Eksekutif Pemasaran Digital
RM2,500 - RM3,000 Per Month
Petaling Jaya, Selangor
Elaun tambahahan

https://www.maukerja.my/job/801708-digital-marketing-executive

 

Pembantu Penyelia Acara
NRM1,500 - RM1,800 Per Month
Taman Mount austin, Johor Bahru
SPM / STPM / Diploma / Ijazah (dalam mana-mana bidang)

https://www.maukerja.my/job/802449-event-assistant-supervisor