Hidup Pekerja Ini Berubah Sekelip Mata Bila CEO Dengar Kisah Hidupnya Semasa Menyamar
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Hidup Pekerja Ini Berubah Sekelip Mata Bila CEO Dengar Kisah Hidupnya Semasa Menyamar

post by Shasha

by Shasha

Apr 26, 2017
pada 4:17 AM

Gerun kan dengar kalau Boss turun padang? Mitchell Model, CEO kedai barangan sukan turun padang nak spy pekerjanya tapi kali ni menyamar sebagai pekerja baru kononnya perlukan latihan daripada salah seorang pekerja senior Modell’s Sporting Goods. 

Hasil penyamarannya selama seminggu akhirnya beri durian runtuh pada pekerja yang melatihnya (Angel).

 

Gigih bekerja siang malam, bukan takat kerja makan gaji

Kadang bila terlalu sayangkan syarikat, dituduh pula kipas punggung Boss, menghamba abdikan diri bagai. Lain pula dengan Angel, kerjayanya lebih daripada tiket untuk hidup, betapa dedikasinya jalankan tangungjawabnya terhadap syarikat.

Kesungguhan Angel memang mengagumkan Mitchell, bukan setakat kerja nak makan gaji saja. 

 

Walaupun kesempitan hidup, Angel masih tak putus beri semangat pada orang lain

"as long as you push, things are gonna get better" - Angel. Nasihat ini diberi Angel kepada Boss nya sendiri yang kononnya terpaksa berhentikan perniagaan kedai pizza. Rupanya kisah Angel lebih mengejutkan : dua tahun hidup tanpa beratapkan rumah sendiri membesarkan tiga orang anak kecil.

Langsung tak harapkan simpati kerana Angel pernah alami kisah hitamnya lebih teruk. Betapa kuatnya mental Angel ni, sempat beri dorongan naikkan semangat orang lain tanpa fikir situasi sendiri.  

 

Kejutan 250 ribu dolar disponsor untuk beli rumah! Naik pangkat & gaji sekali

Penyamaran Mitchell dibongkar dan sebagai tanda penghargaan dan prihatin terhadap pekerjanya, Angel dinaikkan gaji berlipat ganda dan pangkat sebagai Assistant Manager dan cek bernilai 250 ribu dolar untuk membeli rumah!