''Hidup Susah, Makan Nasi Dengan Minyak Ikan'' - Cacat Penglihatan Tak Halang Jadi Mekanik Motor Berjaya!

Ehsan
by Ehsan
Aug 14, 2019 pada 1:21 PM

Azhar Ibrahim berasal dari Kampung Batu Tujuh, Perak dan cacat penglihatan (buta) sejak dari kecil lagi. Walaupun buta, Azhar tidak menjadikannya alasan untuk tidak bekerja dan sudah menjadi mekanik motorsikal selama 7 tahun. 

Sejak dari kecil lagi sudah meminati bunyi-bunyian tetapi lebih meminati bunyi motor. Minatnya kepada motor telah meyebabkan Azhar belajar membaiki motor dengan seorang rakannya. 

Pada asalnya emak tidak menyakini kebolehannya untuk membaiki motor tetapi dengan bantuan kawan-kawan dia meneruskan juga.

Menurutnya lagi, "saya memohon kerja memang takde, kalau saya memohon sekalipun, saya rasa takkan diorang nak ambil orang macam saya. Dalam hati saya memang takde rasa nak putus asa, hidup saya memang susah, makan nasi dengan minyak ikan, saya ingat masa saya susah, walaupun susah kita kena teruskan."

"kalau kita mudah putus asa memang takde peningkatanlah dalam hidup, walaupun saya tak boleh melihat tapi Allah kurniakan kaki dan tangan masih boleh bergerak, jadi kita mampu lagi untuk buat kerja".

"Allah bagi kita akal, apa kerja yang kita mampu, kita buat dan jangan kita memilih, kalau kita memilih, kita yang susah. Aku dah jenuh la mintak kerja, bila nak dapat kerja minta satu tempat tak dapat, tak dapat sudah putus asa, kita tak boleh nak cakapa macam tu, apa-apapun diri kita, kita tanya dulu, yang dibelakang sudah tentu kita lalui, yang di depan kita tak tahu lagi".

"Keuntungan setiap bulan saya kumpulkan lebih RM 700 hingga RM 800 macam itu"

"Selagi tulang empat kerat ini boleh bergerak, harapan saya nak maju dan terus maju"

Lihat video penuh dibawah: