"Hina Sangat Ke Kerja Kilang?" Lelaki Ini Buktikan Realiti Sebenar, Padahal Gaji RM3K Kot!

Nazatul
by Nazatul
Jul 11, 2018 pada 4:19 PM

Dalam fikiran masyarakat sekarang bila disebut je tentang kerja kilang pasti akan dipandang rendah. Seperti kerja kilang itu tiada pangkat dan hanya kerja sebagai operater saja.

Ramai di kalangan graduan yang menganggur kerana tidak mendapat pekerjaan yang diidamkan. Boleh dikatakan graduan sekarang impikan pekerjaan dengan gaji lumayan atau sepadan dengan kelulusan mereka.

Namun berbeza dengan pemuda, Raimi Ahmad yang berkongsikan pengalamannya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang, tidak menyangka pekerjaan itu juga mampu mendapatkan pendapatan lumayan, sekaligus mengubah persepsi orang ramai tentang pekerjaa tersebut.

Hina Sangat Ke Kerja Kilang?

2K ke atas..kadang2 dekat 3K. Paling2 lekeh pun RM1800. Aku pun tanya la berjawatan apa kan. Kot supervisor or manager ke? Dia cakap operator je

Gaji bersih je dapat RM2,300 tau! Jadi apa yang lekehnya??

Bekerja 14 hari he sebulan dengan basic gaji Rm1,000, maksimum OT 8 hari. So, bersamaan 22 hari kerja & dapat gaji lebih RM2k. Lekeh mende??

"selama lebih 20 tahun saya mungkin berjaya ubah Malaysia tapi saya gagal ubah "mentaliti" rakyat Malaysia"..

"SUASANA" kerja yang tak ubah macam zaman sekolah..

Balik keje dah tak yah fikir pasal keje. Esok datang lagi. Apa yg boleh aku cakap..

"Aku akan menangis. Bila aku berhenti keje kilang nanti..huhu"..

Sumber: Facebook