HR Ni Dedahkan Rahsia Nak Dapat Kerja Dengan Mudah!
# Pengetahuan Interview # Trending Semasa

HR Ni Dedahkan Rahsia Nak Dapat Kerja Dengan Mudah!

post by Aisya

by Aisya

Jan 7, 2022
pada 8:37 AM

Pasti ramai antara korang yang lepasan graduan ni tengah busy mencari kerja kan? Jadi kali ni kitorang akan kongsikan 11 tips terbaik untuk graduan yang bakal apply ke tempat-tempat kerja se-Malaysia. Tips ni datangnya dari seorang 'Abang HR yang dah 5 tahun bertugas di dalam bidang HR'. 

Jom kita semak satu persatu....

1. Cover letter sangat penting

Ramai betul fresh grad zaman sekarang ni main hantar resume macam tu je tanpa cover letter. Walaupun benda ni agak remeh, tapi bagi HR, cover letter tu sangat penting. Ia menunjukkan yang korang tu bersungguh-sungguh nak mintak kerja.

2. Resume biar ringkas dan jelas

Resume yang bagus ialah resume yang ringkas dan jelas. Tak perlu pun nak tulis pendidikan dari zaman tadika. Tunjuk apa yang penting je dan lebihkan kat bahagian-bahagian skill. Kalau ada skill komputer atau software apa-apa, terangkan secara detail lagi. Pencapaian tu pulak, kalau takat peringkat sekolah je, tak payah lah nak sumbat kat dalam resume. Kalau gempak-gempak barulah sumbat.

Pastikan resume korang sedap dipandang. Tak terlalu wordy, pakai bullet point dan kalau boleh pakai 2 page je dah cukup. 

3. Format resume mesti PDF

Kalau boleh, hantar resume tu dalam bentuk PDF sebab PDF takkan mengubah apa-apa dokumen kat dalam tu.

"Bayangkanlah dik, kau bagi aku word file 2003 ntah apa-apa tu. Abang bukak pakai word 2013, lepas tu format kau lari, takkan lah abang yang sebagai penilai kau ni nak fixkan resume kau? Lagi satu, word file ni senang sangat nak corrupt, lagi-lagi yang resume fancy-fancy tu."- Abang HR.

4. Resume yang berwarna, jangan lebihi tiga

Rata-rata HR hadkan warna resume sampai 3 warna je dan tak perlu nak jadi macam budak tadika, letak segala warna yang ada pada resume. 

5. Pastikan informasi jawatan semua betul

Pastikan jawatan yang korang mohon tu dinyatakan dengan betul, tepat dan jitu.

"Ramai lah jugak yang abang tengok dekat resume tulis jawatan lain, kat cover letter tulis jawatan lain. Ada yg paling kelakar tu, ada jugak tulis jawatan yang tak pernah wujud pun kat company aku.Memang kena reject terus lah weyyyy" - Abang HR.

6. Sertakan gaji yang ingin diminta

Tulis sekali demand gaji yang korang nak. Sebab bila korang letak expected salary kat dalam resume, tu menggambarkan yang korang ni yakin dengan diri sendiri.

"Make sure, kalau kau letak RM 4,000 kat resume kau, siap-siapkan lah jawapan kau ye kenapa kau letak RM 4,000. Tapi kalau waktu interview tu korang tergagap-gagap nak jawab, goodbye!! "- Abang HR

7. Pastikan seminar dan sijil-sijil yang relevan dinyatakan dalam resume

Kalau korang ada pergi seminar-seminar yang boleh added value yang berkaitan dengan kerja yang korang nak mintak, silalah nyatakan kat dalam resume sekali sebab ia akan ditambah kredit. 

Tapi time tengah interview tu, korang bawak lah sekali sijil-sijil tu. Jangan setakat cakap je ada tapi sijil takde.

8. Tell me about yourself?

Kalau soalan ni ditanya semasa interview, korang kena perkenalkan nama penuh dan nama panggilan. Lepas tu, tak payah lah cerita korang berasal dari mana, belajar apa, segala bagai tu. Semua tu dah ada dalam resume.

Tapi apa yang HR dan bakal majikan nak tahu ialah, apa kelebihan dengan kelemahan korang dalam bekerja. 

9. Pakaian: Apa yang dikira sesuai?

"Aku tak ada masalah kau nak pakai niqab atau nak tutup muka. Tapi, masa interview tu, boleh tak kau bukak kejap. Jangan risau, kau boleh buat request HR perempuan yang interview. Dah lah gambar kat resume pun berniqab. Bukan nak diskriminasi wanita berniqab. Cuma…tak tau lah nak jelaskan. Bukan aku suruh buka tudung pun. Fikir-fikir lah sendiri. - Abang HR.

10. Biasakan bertanya semasa temuduga

Korang perasan tak biasanya interview ni pasti akan habis dengan suasana sendu. Kadang-kadang tu bila bakal majikan dan HR tanya ada apa-apa nak tanya ke tak, korang akan senyap je dan cakap takde. 

"Aku memang suka kalau calon-calon interview tanya pasal company atau apa-apa yang berkaitan dengan kerja.
Aku willingly akan terangkan secara terperinci. Lagi banyak kau tanya, lagi mendalam aku kenal kau. Lagi banyaklah kredit kau dapat." -Abang HR.

11. Jangan lupa email follow-up selepas interview

Step ni memang ramai yang skip. Follow up email adalah digalakkan sebagai tanda terima kasih kerana telah memanggil interview. Dan korang boleh nyatakan sekali minat korang untuk bekerja kat office tersebut. 

 "Kalau ada sesiapa yang buat ni memang aku hire." - Abang HR.