"Ibu Tuliskan Resume Pakai Tangan Ya Nak..." Datang Event Tanpa Resume, Sebak Dengar Kisah Sebenar

sofea
by sofea
Nov 15, 2018 pada 2:27 AM
Kategori: Trending Semasa

Kasih ibu bukanlah sesuatu yang boleh ditukarganti. Sejak dilahirkan, badannya tidak pernah mengenal lelah untuk menjaga kita supaya dapat membesar dengan sempurna. Ibulah yang sanggup bersekang mata berjaga malam disaat kita sakit, ibulah yang banyak mendoakan kejayaan kita tanpa henti dan kerana kehadiran seorang ibulah, kehidupan kita dipenuhi dengan kasih sayang. Pengorbanan yang dilakukan seorang ibu itu adalah sehingga nafas terakhirnya... 

Perkongsian tentang kasih ibu ini telah dibuat oleh Aaron Tang berdasarkan pengalamannya sendiri ketika mengendalikan event. Sewaktu menjaga booth, dia telah didatangi oleh seorang ibu dan anak yang kemudiannya meminta pertolongan berkaitan dengan resume. Apa yang berlaku sepanjang interaksi ini dapat menitiskan air mata sesiapa sahaja yang membaca. 

Budak Yang Tak Ada Resume

Hari Sabtu lepas, aku ke Melaka bersama team aku dari Leaderonomics. Kami ke sana untuk mengendalikan “CV Clinic” bagi pengunjung Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan. Tujuan “Klinik” ini untuk menyemak resume graduan muda (dengan percuma), dan memberikan mereka tips untuk memperbaiki resume.

Kerja menyemak CV ini tak senang. Ada colleague aku yang jumpa >50 orang setiap hari, sampai suara pun hilang; tapi kami gembira sebab dapat menolong orang muda. Dan kadang-kadang, cerita menarik akan muncul daripada sesi-sesi kami; cerita gembira, cerita sukses, dan cerita sedih. 

Ini cerita aku dari minggu lepas; cerita yang buatkan aku hampir menangis.

--

Cerita ini bermula sekitar lunch hour, masa tak ramai pengunjung dekat booth kami. Hanya tinggal aku, dan seorang lagi colleague (yang duduk jauh dari aku, so dia tak nampak apa yang berlaku).


 

Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview. Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambik inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.

"Kat sini boleh buat resume ya?" tanya budak itu.

"Oh, sorry dik -- kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawak resume, saya boleh tolong." 

"Oh... Diaorang bagi tau sini boleh buat..." Makcik menjawab.

"Sorry makcik, sini memang kitorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti abang ni boleh sambung buat kat rumah."

Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip "What Makes a Good Resume" aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.

"Hafiz (bukan name betul), dekat Uni you belajar apa?"

"Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas."

Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.

Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu jugak, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.

"Sejuk ke?" aku tanya, soalan tipikal.

"Ah ah... time kitaorang datang tadi, hujan lebat." 

"Macam mana datang tadi?" aku tanya lagi.

"Naik motor dik."

Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?

--

"Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?" aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.

"Boleh abang tolong buatkan tak?" Hafiz tanya.

Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana. Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.

Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain. 

"Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan..." Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.


 

"Makcik, untuk company sini semua -- kena print resume pakai computer," aku membantah. "Lagipun, company-company sini perlukan at least Diploma atau Ijazah."

"Takpe, tak susah sangat pun," dia tak dengar aku. "Makcik dah tanya tadi... company XXX cakap boleh. Tapi kena hantar resume. Diaorang cakap sini boleh buat."

Kepercayaan boleh menjadi kenyataan. Aku surrender. Dan tolong mak dan anak habiskan resume tulisan tangan mereka. Sampai bahagian “Activities,” aku bertanya: “Makcik, Hafiz pernah buat apa-apa aktiviti ko-korikulum tak? Macam sukan ke…?” 

"Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa."

Aku terdiam. Ambil time sedikit untuk sedar apa sebenarnya maksud “istimewa.” Semuanya start masuk akal sekarang. Makcik menghabiskan resume anaknya, dan meletakkan pen. 

Aku semak hasil kerjanya: resume paling hodoh yang pernah aku nampak. Dan juga resume paling indah.

--
Tapi mission kami belum complete lagi. Takkan aku nak biarkan CV yang disemak oleh Leaderonomics macam tu saja. So aku bawak Makcik dan Hafiz ke booth jiran kami. Boleh sewa komputer dan printer; siap boleh ambil gambar pasport lagi. Dengan bantuan mereka, kami akan menunaikan tugas Makcik.

Hafiz tinggalkan aku dengan Makcik untuk mengambil gambar pasport. Aku tengok Makcik. Aku curious. Aku ingin tahu kenapa Makcik bertungkus lumus hustle sangat.

"Makcik masih lagi kerja ke?" aku tanya.

"Oh tak, dulu makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser." Makcik jawab dengan penuh tenang sampai aku tak boleh percaya dan tanya dia lagi.



"Makcik ada apa!?" tanya si bodoh Aaron.

"Makcik ada kanser ovari." dia jawab tanpa emosi. Aku masih tak boleh terima.

"Oh, tapi Makcik dah sihat kan? Sebab boleh bawa Hafiz datang sini?"

"Tak, sebenarnya dah merebak ke hati makcik. Tapi makcik tabahkan hati. Dan fikir positif. Sebab nak teruskan perjalanan hidup ni."

Aku sebak; dah tak tau nak kata apa lagi. So aku just tolong Makcik dan Hafiz menyempurnakan mission mereka pada hari itu. Aku harap cukup.

Semoga Tuhan memberkati kamu dan anak kamu Makcik. :’(

--

Aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa mereka lagi. So aku tahu yang aku kena tulis cerita ini; cerita mereka. Mungkin cerita ini ada pengajaran untuk sesiapa yang tengah melalui masa yang susah. Mungkin ia boleh berikan semangat kepada engkau; seperti ia berikan aku semangat.

So, kalau kau tengah susah sekarang; kalau kau ada bos yang perangai macam setan; kalau klien kau menghentak meja depan muka engkau; kalau kau rasa macam kau susah sangat nak berjaya dalam hidup...

Aku nak kau tahu bahawa somewhere dekat dunia ini, ada seorang ibu yang menghidapi kanser; yang sanggup bawa anak istimewanya naik motosikal bawah hujan lebat – untuk fight untuk peluang dalam dunia yang dia langsung tak memahami, dan anaknya langsung tak berkelayakan.


 

Ibu itu akan melawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk jawapan, dan lakukan sedaya upaya untuk apa yang dipercayai dan dicintainya.

Dan kalau dia boleh tabahkan diri dan fikir positif, mungkin kau pun boleh.

Sayangilah ibu selagi mereka masih ada...

Sumber: Aaron Tang


Jawatan kosong TERKINI lain untuk dimohon sekarang:

1. Kru Pemasaran

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

2. Penasihat Jualan Dalaman 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

3. Pengurus Pembangunan Perniagaan 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

4. Perunding Kecantikan

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

5. Penyunting Video Merangkap Juruvideo

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

6. Eksekutif Jualan

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

7. Pakar Media Sosial

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

8. Pendandan Rambut 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

9. Perunding Takaful Dan Kewangan 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

10. Eksekutif Jualan 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

11. Eksekutif Jualan 

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

12. Guru Jagaan Harian (Bertutur Bahasa Mandarin)

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG

13. Keusahawanan Kewangan

LIHAT INFO | MOHON SEKARANG