Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview. Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambik inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.
"Kat sini boleh buat resume ya?" tanya budak itu.
"Oh, sorry dik -- kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawak resume, saya boleh tolong."
"Oh... Diaorang bagi tau sini boleh buat..." Makcik menjawab.
"Sorry makcik, sini memang kitorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti abang ni boleh sambung buat kat rumah."
Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip "What Makes a Good Resume" aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.
"Hafiz (bukan name betul), dekat Uni you belajar apa?"
"Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas."
Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.
Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu jugak, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.
"Sejuk ke?" aku tanya, soalan tipikal.
"Ah ah... time kitaorang datang tadi, hujan lebat."
"Macam mana datang tadi?" aku tanya lagi.
"Naik motor dik."
Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?
--
"Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?" aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.
"Boleh abang tolong buatkan tak?" Hafiz tanya.
Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana. Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.
Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain.
"Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan..." Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.