Ikut 5 Tips Ini Elak Tergelincir Atau Terjatuh Dalam Rumah
# Gaya Hidup

Ikut 5 Tips Ini Elak Tergelincir Atau Terjatuh Dalam Rumah

post by Ehsan

by Ehsan

Aug 13, 2019
pada 11:38 AM

Setiap orang pernah ada pengalaman tergelincir atau terjatuh dekat dalam rumah kan. Paling kurang pun sekali, tak kiralah tergelincir saat berdiri ke duduk, ketika berlari-lari di dalam rumah atau menuruni tangga. Kelalaian dan sikap kurang berhati-hati dengan keadaan persekitaran boleh menyebabkan hal-hal ini berlaku. 

Anda selalu tergelincir? Rileks ini dia tips mencegah daripada tergelincir dan terjatuh.

1. Mengemas Rumah

Cara ini ialah dengan memastikan rumah anda sentiasa kemas dan bersih. Keadaan rumah bersepah seperti mainan anak, buku atau barang-barang jangan dibiarkan berselerak di atas lantai. Simpan di tempat yang sesuai dan tidak merumitkan anda. Pastikan lantai rumah tidak licin, pasanglah karpet dan tukarlah perabot yang sudah rosak dan tua. 

2. Pencahayaan Rumah

Keadaan rumah yang samar-samar atu gelap juga boleh menyebabkan anda mudah tergelincir dan terjatuh. Pasanglah lampu di lorong-lorong seperti kawasan yang curam dan sempit, iaitu tangga, bilik mandi, bilik stor. Pencahayaan yang baik membantu anda mengelakkan sebarang bentuk kemalangan.

3. Memasang pemegang pada bahagian-bahagian tertentu dirumah

Pasanglah pemegang di kawasan-kawasan berisiko untuk tergelincir atau jatuh seperti tangga, bilik mandi. Selain itu, anda boleh juga meletakkan karpet atau tikar anti licin di lantai bilik mandi atau kawaan luar rumah. 

4. Bersenam

Bersenam secara teratur dapat menjaga kekuatan tulang dan otot. Keseimbangan tubuh dapat dijaga jika memiliki otot dan tulang yang kuat.

5. Mendapatkan Pandangan Doktor

Anda boleh mengetahui risiko yang anda alami apabila tergelincir atau terjatuh. Semakin bertambah usia semakin tinggi risiko untuk terjatuh. Penyakit-penyakit seperti sakit pinggang, parkinson boleh menjadi penyebab anda jatuh. Sekiranya anda merasakan perkara ini berlaku, segeralah bertemu doktor untuk mendapatkan konsultansi dan mencegah seawal mungkin.