Impak Belanjawan 2020 - Berita Buruk Buat Belia, Bertabahlah!
# Gaya Hidup

Impak Belanjawan 2020 - Berita Buruk Buat Belia, Bertabahlah!

post by Ehsan

by Ehsan

Oct 15, 2019
pada 10:51 AM

Pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini telah memperuntukkan sejumlah wang untuk golongan belia. Namun pengurangan peruntukan berlaku untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan belia seperti berikut:

1. Peruntukan Institut Kemajuan Desa dipotong daripada RM13.9 juta kepada RM13.5 juta.

2. Peruntukan Pembangunan Belia dan Sukan dipotong daripada RM488 juta kepada RM362 juta.

3. Peruntukan Majlis Sukan Negara dipotong daripada RM88.6 juta kepada RM14 juta.

4. Peruntukan Institut Sukan Negara dipotong daripada RM15.8 juta kepada RM14 juta.

5. Peruntukan Pembangunan Kemahiran Belia dipotong daripada RM207 juta kepada RM198 juta.

6. Peruntukan PRIMA (Perbadanan PRIMA Malaysia) dipotong daripada RM25 juta kepada RM20 juta.

7. Paling melampau ialah warga asing kini boleh beli hartanah dari harga bermula RM600 ribu berbanding RM1 juta sebelum ini.

Sumber: Abdul Muein Abadi