Individu Ni Kongsi Rahsia Buat Burger Sedap Untuk Yang Teringin Nak Buka 'Stall' Burger!
# Gaya Hidup

Individu Ni Kongsi Rahsia Buat Burger Sedap Untuk Yang Teringin Nak Buka 'Stall' Burger!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 12, 2019
pada 8:23 AM

Teringin nak buat burger sedap macam yang korang selalu beli tu sendiri tapi tak tahu macam mana?   Atau korang sendiri saja nak try buat bisnes burger, tapi tak tahu apa resepi rahsia burger yang sebenar? Ini adalah jawapannya!

Lepas ni, burger yang korang makan tak akan pernah cincai, kalau buat bisnes, orang yang beli pun akan jadi pelanggan tetap. Jangan terkejut, berdasarkan pengalaman peniaga burger, hasilnya kadang-kadang boleh mencecah RM5,000 ke RM12,000 SEBULAN! 

Jadi apa rahsianya?

 

Rahsia Burger Sedap.

*Dari penulis asal Adie Redzuan.

1. Wajib guna daging 70g.. tak payah lah nak save sangat nak pi haji balik hari.. tak untung mana pun.. meniaga kena jujur.. harga nak letak mahal, daging nipis.. apa dia..

2. Masak daging, jangan tekan.. bila tekan, jus daging akan terkeluar.. pasal tu daging jadi kering.. alih-alih kan saja.. letak planta sikit.. sikit je.. jangan sampai banjir.. dalam daging tu sendiri dah ada minyak.

3. Daging tu lubang-lubangkan saja.. tak belah tengah pun tak apa.. pastu letak la seasoning.. aku suka Lea & Perrins.. maggi pun ok.. letaklah lada sikit.. terangkat la..

4. Air bawang putih.. air ni untuk menggantikan jus daging yang hilang.. so daging akan jadi juicy.. curah skit masa daging dah masak.. nk buat dia, potong bawang putih, letak dalam air kosong je. Lepas tu, letak dalam botol, tudung botol tu buat lubang-lubang skit.

5. Guna api sederhana.. api yg kuat juga akan keringkan daging.

6. Roti tu letaklah Planta bagi penuh. Kemudian, letak atas kuali, jangan tekan! Geng lama2 pakai kayu.. untuk pressure roti saja.. bukan meleperkan roti.. lagi cantik gitu..

7. Sayur tu ikut koranglah.. selalu orang pakai kobis la kan.. tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg.. lebih sedap.. tapi kot payah nak dapat hari2 la.. pastu mahal sikit.

8. Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson.. payah nak jumpa kot no.. kalau kt perlis ni, peniaga kebab yang byk pakai longson.. pasal tu kebab depa sedap..

9. Mayo pulak paling best pakai nelly.. mahal.. tapi sapu sikit je.. jgn creettt macam ladys choice tu.. sikit pun dah berasa x sangga..

10. Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. apa-apa brand pun tak apa.. rona dia oren.. mahal sikit, tapi memang berasa cheese dia.. penah tak korang beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia.. tu pasal cheese murah..

11. Blackpaper sos.. kalau boleh masaklah sendiri.. jangan dok harap yang dah siap je, tak brapa syahdu yang tu.. mudah ja.. masak butter dengan tepung gandum.. sampai naik bau sedap.. letak la oyster, lada hitam kasar, kicap cair, chicken stock, garam... ikut la macam mana pun sampai sedap di mulut.. celup daging dalam kuah blackpepper.. apa nak kata..

12. Last sekali aturan bubuh sayur, sos, mayo.. yang ni kajian sendiri la.. sos dengan mayo kalau boleh asingkan.. mayo bawah, sos atas.. bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang berbeza.. kalau cheese tu, letak atas daging yang panas.. bagi dia cair melekat kat daging.. 

Senang cerita, korang buat burger, korang try makan.. kita jual macam mana kita suka makan.. baru orang lain pun suka.. jangan kedekut bahan.. buat bagi sedap.. untung by volume.. baru boleh kekal lama meniaga..