Ini 4 Negara Yang Menghukum Rakyat Tidak Keluar Mengundi, Siap Tarik Lesen Memandu Weh!
# Trending Semasa

Ini 4 Negara Yang Menghukum Rakyat Tidak Keluar Mengundi, Siap Tarik Lesen Memandu Weh!

post by Nazatul

by Nazatul

Apr 16, 2018
pada 1:36 AM

Demokrasi adalah satu idea di mana orang ramai diberikan hak untuk memilih kerajaan atau pemertintah yang akan menjalankan dasar-dasar pembangunan negara.

Pelbagai jenis bentuk demokrasi yang wujud di banyak negara dan bukan semua bentuk sistem demokrasi itu sama.

Namun, ada satu persamaan yang ketara mengenai sistem demokrasi ni adalah sistem undian yang dijalankan bagi menentukan kerajaan yang akan dipilih.

Jadi, Ini 4 Negara Yang Menghukum Rakyat Jika Tak Keluar Mengundi:

1. Australia

Memilih calon bukanlah satu kewajipan tetapi rakyat perlu hadir di pusat mengundi pada hari yang ditetapkan. 

Di Australia, jika gagal menhadirkan diri mereka pada hari mengundi mereka boleh didenda di antara AUD20 hingga AUD50 setiap orang!

Bukan itu sahaja, mereka juga akan dikenakan denda dimana lesen pemandu ditarik balik jika gagal membayar denda tersebut. Jika ia berterusan, akan dipenjarakan beberapa hari.

2. Singapura

Jiran terdekat kita, SIngapura juga menpunyai dasar wajib mengundi di negara mereka.

Bagi individu yang tidak mengundi, nama mereka akan disenaraikan sebagai individu yang kehikangan kelayakan mengundi pada pilihan raya tersebut.

Jika seseorang tu ingin memasukkan namanya semula dalam senarai layak mengundi, beliau perlu menghantar penjelasan kepada Singapore Election Committee dan bukti tersebut akan menyokong alasan mereka.

Apabila individu tersebut gagal berbuat demikian, mereka perlu membayar denda SGD50 untuk mendaftar semula sebagai pengundi.

3. Belgium

Belgium adalah antara negara paling lama mengamalkan kewajipan mengundi. Semua penduduk berumur 18 tahun ke atas dah boleh mengundi pada setiap kali pilihanraya dan akan didenda sebanyak EUR50 jika gagal.

Jika seseorang tu gagal untuk mengundi tanpa alasan kukuh sebanyak 4 kali, mereka akan kehilangan hak unutk mengundi bagi 10 tahun akan datang dan berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat kerja di sektor awam.

4. Bolivia

Bolivia mengambil langkah berbeza dalam memastikan setiap rakyatnya menyertai proses pengundian. Untuk memastikan semua rakyatnya mengundi, premis perniagaan diwajibkan tutup.

Selepas proses pengundian, semua pengundi yang mengundi akan diberikan kad pengesahan pengundi bernama 'certificado de sufragio'.

Kad ini dijadikan dokumen wajib yang akan diterima dalam tempoh tertentu selepas pilihanraya, apabila rakyat mereka melakukan aktiviti harian seperti transaksi bank, memohon sijil kelahiran dan lesen memandu.