Ini 5 Cara Buat Semakan Bantuan Sara Hidup - BR1M 2018, Pengagihan Bermula 15 Ogos!
# Trending Semasa

Ini 5 Cara Buat Semakan Bantuan Sara Hidup - BR1M 2018, Pengagihan Bermula 15 Ogos!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Aug 15, 2018
pada 2:27 AM

Seperti yang telah dijanjikan, sempena umat Islam bakal menyambut Hari Raya AidilAdha minggu depan, kerajaan bersetuju untuk membuat pembayaran peringkat ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2018.(atau BRIM).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pembayaran BSH (BRIM) akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Menurut Guan Eng, kerajaan berharap pemberian BSH (BRIM) ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. 

Pemohon yang mengemukakan maklumat akaun bank dan berjaya kredit semasa pembayaran Fasa 2 (BRIM) atau ada mengemaskini maklumat akaun bank, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang telah didaftarkan. Manakala bagi pemohon yang tiada akaun bank, surat baucar akan diposkan kepada pemohon dan pembayaran adalah secara tunai di kaunter BSN dengan membawa surat baucar berkenaan.

 

5 Cara Buat Semakan Status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BRIM)

Semakan status Bantuan Sara Hidup Rakyat (BRIM) boleh dibuat di:

i. Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM, https://bsh.hasil.gov.my dengan memilih menu MyBSHR > Semakan Status;

ii. Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit;

iii. LHDNM: 1-800-88-2716;

iv. MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau

v. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

 

Jadual Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BRIM)

 


 

KERJA KOSONG UNTUK DIMOHON SEGERA!

 

1. Eksekutif Pemasaran Dalam Talian >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

2. Penasihat Jualan >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

3. Pembantu Akaun >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<

4. Store Keeper >>> KLIK SINI UNTUK MOHON <<<