Ini 6 Fakta Yang Menarik Mengenai Malaysia, No.3 Tu Memang Korang Tak Sangka
# Trending Semasa

Ini 6 Fakta Yang Menarik Mengenai Malaysia, No.3 Tu Memang Korang Tak Sangka

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 19, 2018
pada 7:40 AM

Kalau korang nak tahu negara kita ni memang unik dan mempunyai khazanah alam ni sebenarnya menyimpan beberapa rahsia yang ramai tak tahu mengenainya.

Jadi, kalau korang rakyat Malaysia, jom uji pengetahuan korang tentang negara ni.

Ini 6 perkara tentang Malaysia yang mungkin rakyat negara ini sendiri tak tahu:

1. KL Ibu Kota Kilat Di Dunia

 

Korang tahu tak KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat atau petir di dunia? Di dunia weh! KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana-mana kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan Kuala Lumpur terletak betulbetul berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir. 

Pada pembinaan Menara Berkembar, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan dimana terdapat rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.

2. Jambatan Gantung Tertinggi Dunia, Sabah

Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia?! Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas dan lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul-betul pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Korang perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut.

Dari sana, korang perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

3. Stesen Keretapi Dibina Untuk Tahan Salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Wow, percaya tak? Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji.

Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku? Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan “British Standard” walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.

Sedikit info tambahan, tahukah korang bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan “British Standard”?

Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

4. Serangga Terpanjang Di Dunia

Kan dah cakap, semua benda yang ada di Malaysia memang unik! Ini termasuklah spesis serangga terpanjang di dunia yang telah ditemui dekat hutan belantara di Sabah. Ia telah ditemui sekitar tahun 2008 oleh pengkaji serangga, antara 10 spesies terbaru yang terkenal.

Serangga bernama Chan Megastick ni ialah sejenis serangga ranting berukuran 56cm dan dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, pengkaji alam semulajadi di Malaysia. Ia hanya hidup di atas kanopi rimba dan menjadi antara ‘Top 10 New Species’ menurut senarai BBC.

5. 'Roundabout' Terbesar Di Asia

Ni lagi satu fakta yang menarik! Bagi korang yang duduk di Putrajaya, mesti korang kenal dengan Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan jalan bulatan terbesar di dunia dengan 3.4 km mengelilinginya.

Mempunyai 15 sistem jalan keluar dan masuk, roundabout ni telah dicadangkan Tun Mahathir selepas mendapat ilham daripada lawatannya di Paris dengan melihat Avenue des Champs Elysees semasa perarakan Hari Bastile. Tun Mahathir telah mencadangkan bulatan tersebut yang cukup besar untuk digunakan semasa perarakan Hari Kemerdekaan.

6. Populasi Lipas Terbanyak Di Dunia

Korang tahu tak, lipas adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear?

Tapi, adakah korang tahu, dimanakah tempat dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Ia juga terletak di Sabah!

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Gua itu juga terkenal kerana bau busuk di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi pembiakan lipas dengan pelbagai kekotoran, kelam dan suasana lembap yang digemari spesies lipas ini.