Ini 6 Hak Korang Ramai Penumpang Tak Tahu Sebelum Naik Kapal Terbang, Wajib Tahu!
# Trending Semasa

Ini 6 Hak Korang Ramai Penumpang Tak Tahu Sebelum Naik Kapal Terbang, Wajib Tahu!

post by Nazatul

by Nazatul

Mar 22, 2018
pada 8:30 AM

Ramai yang beranggapan menaiki kapal terbang sangat melecehkan. Banyak masalah yang dihadapi seperti penangguhan penerbangan, kehilangan beg bagasi dan juga kekurangan bantuan daripada staf.

Ini yang ramai tidak tahu! Jika terjadi masalah-masalah tersebut, korang sebenarnya mempunyai hak sebagai pengguna!

Menurut Malaysian Aviation Commission (MAVCOM), pengguna sebenarnya mempunyai pelbagai hak yang boleh disuarakan sekiranya jadual penerbangan tidak berjalan seperti yang dirancang. Hak sebagai penumpang juga sah kepada penerbangan di luar negara dan bukan hanya tertakluk kepada peraturan di Malaysi

Ini 6 hak-hak yang perlu korang tahu bila menaiki kapal terbang:

1. Flight Cancel

Para penumpang diberikan pilihan sama ada mendapatkan jumlah keseluruhan pembayaran balik bagi tiket penerbangan, mengubah haluan penerbangan tanpa sebarang caj tambahan atau penggantian penerbangan secara percuma.

2. Flight Delay

Kalau korang nak tahu, penerbangan ditangguhkan sekurang-kurangnya selama dua (2) jam, penumpang boleh menikmati makanan, panggilan telefon dan juga akses internet secara PERCUMA!

DAN, jika penerbangan ditangguhkan sekurang-kurangnya lima (5) jam, penumpang boleh menikmati penginapan hotel dan pengangkutan ke tempat penginapan secara PERCUMA!

Tapi korang sanggup ke nak tunggu lama bila flight delay, mestilah tak kan.

3. Jika Korang Tidak Dibenarkan Menaiki Penerbangan

Korang berhak menerima pampasan jika korang dilarang menaiki pesawat. Menurut MAVCOM perkara ini berlaku apabila syarikat penerbangan yang menerima tempahan lebih dari sepatutnya. Syarikat penerbangan juga wajib menggantikan tiket penerbangan pada hari yang sama atau pampasan.

Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.

Mereka juga tidak membayar pampasan bagi tempahan hotel atau apa-apa kerugian korang dinegara korang lawati. 

Jika korang lambat sebelum Boarding Time korang tidak berhak membuat apa-apa tuntutan walaupun kapal terbang masih tidak bergerak lagi. Sebab tulah ,korang wajib berada satu jam awal sebelum Boarding Time.

4. Caj Tambahan

Harga tiket tidak boleh dinaikkan setelah pembayaran dibuat dan syarikat penerbangan tidak boleh menambah sebarang perkhidmatan tambahan secara automatik kepada harga tiket tanpa pengetahuan korang.

Korang sepatutnya diberi pilihan untuk menambah perkhidmatan tambahan (‘opt-in’) dan bukannya memilih keluar (‘opt-out’). Sila semak pilihan perkhidmatan korang sebelum membuat bayaran.

5. Tuntutan Dan Pampasan

Jika beg atau peralatan korang tidak sampai dalam penerbangan yang sama atau hilang atau rosak, korang boleh menuntut pampasan daripada syarikat penerbangan korang. Jika perkara ini berlaku kepada korang, jangan tangguhkan terus buat laporan dengan segera.

Kalau korang tangguhk atau dah keluar dari lapangan terbang keberangkalian mereka akan menganggap kerosakan berlaku di luar lapangan terbangan dan korang cuba mengambil kesempatan atas kerosakan yang berlaku pada beg korang.

Menurut MAVCOM, proses tuntutan akan menjadi lancar jika korang menyimpan semua riset pembelian beg dan juga barang-barang di dalam beg. Tuntutan pampasan kerosakan beg adalah berdasarkan harga semasa membeli berdasarkan vendor yang dilantik oleh syarikat penerbangan. Namun jika kerosakan barang-barang di dalam beg tanpa dokumen pembelian seperti resit agak sukar untuk mereka membuat proses tuntutan korang tu!

6. Penumpang Kurang Upaya

Syarikat penerbangan hendaklah menyediakan bantuna bermula dari masa korang tiba di lapangan terbang sehinggalah pelepasan. Korang juga kena maklumkan keperluna korang kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum pelepasan ye! Jangan last minute pula.

Untuk penumpang yang tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai hak untuk diteman sewaktu ke kaunter kemasukan, berlepas dan ketika hendak mendarat.

Penumpang OKU juga boleh mendapatkan bantuan daripada pekerja penerbangan untuk mendaftar bagasi, menyimpan serta mendapatkan semula beg bagasi. Selain itu, bantuan semasa prosedur imigrasi juga boleh diperolehi.