Ini Bukan Majalah GQ Tau Tapi Resume! Lelaki Ini Terus Dapat Kerja Disitu Tanpa Interview!
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Ini Bukan Majalah GQ Tau Tapi Resume! Lelaki Ini Terus Dapat Kerja Disitu Tanpa Interview!

post by Izuan

by Izuan

Jun 27, 2017
pada 11:08 AM

Kalau zaman sekarang ni, boleh dikatakan "satu dalam seribu" akan berlaku dimana diterima bekerja tanpa perlu temuduga melainkan kita mempunyai 'cable' kencang dengan syarikat tersebut, syarikat itu milik keluarga kita, atau rakan-rakan kita. Boleh juga dikatakan tak logik jika kita diterima kerja dengan hanya menghantar resume sahaja, lebih-lebih lagi di syarikat-syarikat gergasi yang mengutamakan kualiti/kredibiliti pada seseorang itu.

Hakikatnya ia benar-benar terjadi! Lelaki yang berasal dari India yang lebih dikenali sebagai Sumukh Mehta ini 'pecah rekod' di mana beliau berjaya memukau syarikat majalah terkemuka dunia Gentleman’s Quarterly (GQ) melalui resume A+ hasil karyanya sendiri.

Resume infografik  bergambar dengan 20 helaian mengambil masa sehingga 3 minggu untuk di siapkan! Hasilnya, Majalah GQ benar-benarn tertarik sehinggakan beliau diterima bekerja di syarikat tersebut tanpa perlu temuduga!

Sekali Pandang Macam Majalah GQ Betul-Betul!

Awesome!

Resume Cantik! Info Padat! Memang A+!

Memang patut pun dia diterima, kami yang kat sini pun rasa excited! Ada info yang padat, dihiasi pula dengan rekaan grafik yang sangat awesome! Inilah resume paling perfect yang pernah kami jumpa. Kepada mereka yang berminat untuk melangkah ke industri penerbitan, jadikan lelaki ini sebagai rujukan korang.