Ini Cara Mudah Nak Lajukan Semula Kipas Macam Baru, Bajet Tak Lebih RM1 Pun!
# Gaya Hidup

Ini Cara Mudah Nak Lajukan Semula Kipas Macam Baru, Bajet Tak Lebih RM1 Pun!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 14, 2019
pada 10:07 AM
Balik je dari kerja dengan cuaca panasnya ingatkan boleh lah sejukkan badan dengan buka kipas laju-laju. Tapi bila tekan je suis kipas, dia bergerak slow je walaupun dah pasang paling kuat sekali. Hampa betul rasanya kan? 
 
Daripada korang buang duit beli kipas baru, ini ada cara lagi mudah dan lagi murah untuk nak lajukan kipas macam baru beli je. Sebenarnya ianya normal bila kipas dah guna lama akan jadi slow macam tu. Antara penyebab ia jadi begitu adalah disebabkan power kapasitor telah berkurangan. 
 
Dengar macam susah je nak tukar-tukar kapasitor ni? Tak, korang baca dulu. Dengan hanya  6 langkah je kipas korang dah boleh berpusing laju macam F1 balik! 
 
 

1.  Matikan dulu suiz atau bekalan elektrik dan kemudian buka skru penutup kipas

 

 

2. Tolak penutup naik ke atas dan korang akan nampak bahagian dalam kipas

 

 

3. Nampak tak kapasitor yang berwarna hitam? Buka skru tapak kapasitor tersebut

 

4. Cabut wayar yang berwarna biru dan merah yang berhubung pada kapasitor

 

 

5. Kemudian, tengok bacaan pada kapasitor. Bawa ke kedai elektrik dan beli yang baru dengan bacaan yang sama

 

 

6. Pasang baik seperti biasa dan sekarang kipas korang dah laju kalah Fast & Furious 8! Senang kan?