Ini Rupanya Maksud 'Petak Kuning' Yang Ada Pada Bil Elektrik Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!
# Gaya Hidup

Ini Rupanya Maksud 'Petak Kuning' Yang Ada Pada Bil Elektrik Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 21, 2018
pada 3:37 PM

Kalau korang perasan dekat bil eletrik, terdapat satu kotak kuning yang terdapat penjuru atas kanan pada bil elektrik. Tapi korang tahu tak fungsi kotak tersebut? Mungkin ada diantara korang yang sudah tahu atau tidak tahu mengenai kotak kuning ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenalkan kotak kuning baharu di penjuru atas kanan pada bil elektrik. Kotak kuning ini diperkenalkan untuk memudahkan pengguna mengetahui status pembayaran secara lebih mudah. Status pembayaran bil elektrik bulanan akan dikemas kini di kotak kuning tersebut. Tiada lagi notis pemotongan yang berasingan akan dikeluarkan oleh pihak TNB.

Kotak kuning menunjukkan dua (2) jenis informasi yang merujuk kepada status bil. Sekiranya bil bulanan dibayar sebelum tempoh 30 hari dari tarikh bil, kotak kuning akan menunjukkan mesej ‘TERIMA KASIH Kerana Membayar Dalam Tempoh 30 Hari’.

Di sebaliknya, tunggakan bil elektrik yang tidak dijelaskan akan menunjukkan mesej ‘Bayaran Tertunggak NOTIS PEMOTONGAN DI BAWAH’ di dalam kotak kuning. Di ruangan bawah bil elektrik yang sama, ‘Notis Pemotongan Bekalan Elektrik’ yang dipapar akan menyatakan jumlah bil tunggakan dan pengguna diminta menjelaskan tunggakan sebelum tempoh akhir yang tertera.

Pendekatan TNB yang baru ini membolehkan pengguna mengetahui informasi berkenaan status pembayaran bil secara langsung dan lebih ringkas. Pengguna wajar menyemak dan merujuk mesej di dalam kotak kuning sebagai peringatan untuk bayaran tepat pada masa supaya menikmati perkhidmatan yang berterusan.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tnb.com.my