Ini Senarai Gaji Perdana Menteri Dan Menteri Kabinet Malaysia Sebelum Dipotong 10%
# Trending Semasa

Ini Senarai Gaji Perdana Menteri Dan Menteri Kabinet Malaysia Sebelum Dipotong 10%

post by Aisya

by Aisya

May 24, 2018
pada 6:07 AM

Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet pertama hari ini telah bersetuju untuk mengurangkan gaji bulanan mereka sebanyak 10 peratus. Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad selaku PM Malaysia, langkah ini diambil bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

"Setelah berbincang, kami semua bersetuju untuk mengurangkan gaji Jemaah Menteri sebanyak 10 peratus." - Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Potongan gaji itu adalah berasaskan kepada gaji asas menteri. Beliau juga turut mendapati ada beberapa penjawat awam kanan yang menerima gaji lebih tinggi daripada menteri.

Menurut kenyataan dari Awani, apabila ditanya sama ada pegawai kanan kerajaan akan terlibat dalam potongan gaji, beliau berkata, ia terpulang kepada mereka.

“Ini adalah kebiasaan saya kerana ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, perkara pertama yang saya lakukan ialah memotong gaji menteri dan
juga pegawai kanan kerajaan yang mendapat bayaran lebih tinggi daripada para menteri.

Terserah kepada mereka (pegawai  kanan kerajaan). Jika mereka rasa ingin menyumbang ke arah mengurangkan kos mentadbir negara ini,
mereka boleh berbuat demikian. Kita tidak memaksa mereka.” 

Mungkin ramai antara korang tertanya-tanya kan berapalah agaknya gaji dorang ni. So harini kitorang cuba throwback balik berapa gaji kabinet Malaysia sebelum ini (sebelum pemotongan 10 peratus). 

Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua-ketua Menteri 

Berikut adalah gaji Menteri Kabinet Malaysia.

  • Gaji pokok – RM18,000
  • Elaun keraian – RM10,500
  • Elaun perumahan – RM10,800 (elaun ini masih boleh dituntut walaupun Menteri mempunyai kediaman sendiri)
  • Elaun wakil rakyat – RM10,650
  • Elaun parkir kenderaan – RM5,700

Jumlah pendapatan gaji Menteri adalah sebanyak RM55,650 sebulan.

Kemudahan lain-lain yang disediakan

Selain gaji yang boleh dikatakan lumayan, setiap Menteri turut menerima beberapa kemudahan lain seperti:

1. Bercuti ke luar negara

Kesemua perbelanjaan bercuti ke luar negara ditanggung kerajaan termasuk kos penerbangan, hotel dan duit poket RM50,000.

2. Bil percuma

Segala bil termasuk bil telefon, elektrik dan air ditanggung kerajaan. Bil percuma turut diberikan kepada pegawai tinggi kerajaan termasuk yang bergred JUSA, TURUS, KSN dan sebagainya.

3. Perhiasan rumah

Setiap menteri boleh menuntut RM40,000 bagi kelengkapan rumah termasuk perhiasan dan perkakasan dapur. Tuntutan hanya sekali setahun.

4. Kereta

Menteri turut dibekalkan Mercedes S320 dan seorang pemandu bagi urusan rasmi kerajaan. Minyak juga diberikan secara percuma.

5. Derma

Setiap menteri diberikan peruntukan khas untuk segala pemberian derma sama ada kepada badan kebajikan, majlis kematian atau majlis perkahwinan.

6. Elaun rumah terbuka

Setiap rumah terbuka yang dianjurkan menteri boleh adalah mendapat peruntukan khas dari kerajaan.

Gaji PM Malaysia 

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Listabuzz (April 2017) mendapati gaji Perdana Menteri sebelum ini adalah RM 22,826.55 sebulan bersamaan RM 284,194.89 setahun.

Sementara itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menduduki tangga pertama memperoleh pendapatan secara bulanan RM508,250 (RM6,099,005 setahun). Perdana Menteri Singapura itu bukan sahaja merupakan pemimpin yang mendapat gaji tertinggi di Asia, malah tertinggi di dunia.

Gaji Anggota Parlimen Malaysia 

Pada April 2015, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen.

Anggota Dewan Rakyat - RM16,000
Anggota Dewan Negara - RM11,000
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat - RM22,000
Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat - RM31,000 

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.