Search

Kategori

    Inilah Akibat Yang Bakal Ditanggung Oleh Peminjam Jika Membuat Penstrukturan Semula PTPTN

    Haziqah Muhamad
    by Haziqah Muhamad
    Oct 16, 2017

    Ramai yang pening kepala nak buat pembayaran semula bagi pinjaman PTPTN. Cuba bayangkan, tak semua orang akan terus bekerja selepas tamat belajar. Ada yang masih menganggur dan belum bekerja, ada yang lepas kahwin terus jadi suri rumah dan mengharapkan suami untuk tanggung semuanya. Inilah antara faktor-faktor yang menghalang seorang peminjam untuk membayar hutang mereka dengan PTPTN.
    Untuk yang sedang berhadapan dengan masalah macam ni, jangan susah hati. Kami sarankan supaya korang buat penstrukturan semula pinjaman PTPTN korang tu.
    Kaedah penstrukturan semula  pinjaman ini sebenarnya bertujuan memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
    Untuk makluman anda yang tidah tahu, ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN.

    Korang yang ingin membuat penstrukturan WAJIB memenuhi syarat umum kelayakan:

    Syarat- syarat Umum Permohonan Penstrukturan/ Penjadualan Semula

    • Terbuka kepada pembiayaan Ujrah sahaja. Peminjam konvensional boleh memohon penstrukturan/ penjadualan semula semasa permohonan pertukaran Ujrah.
    • Berkuatkuasa 1 Julai 2015, bagi permohonan penstrukturan semula, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.
    • Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
    • Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
      • Kali kedua : RM50
      • Kali ketiga : RM100
      • Kali keempat : RM150
      • Kali kelima dan seterusnya : RM200
    • Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.
    • Jumlah pengurangan bayaran setiap bulan minimum dalam anggaran RM50.00 bergantung kepada kemampuan selepas di soal siasat oleh pegawai PTPTN. Jumlah penstrukturan berbeza-beza bagi setiap pemohon.

    Risiko yang perlu ditanggung akibat penstrukturan semula PTPTN

    Rekod kewangan di Bank Negara Malaysia (BNM) akan tercalar sikit. Kalau nak buat pinjaman rumah, kereta atau sebagainya, korang akan menghadapi masalah walaupun dah selesaikan hutang tersebut. Ada sesetengah bank yang tidak mahu meluluskan permohonan pinjaman sebab bimbang korang akan minta untuk buat penstrukturan semula sekiranya meminjam dari pihak mereka. 

    Tapi tak semua bank yang akan buat macam tu. Sesetengah bank saja. Ada je kes bila dah buat penstrukturan semula, mereka boleh membuat pinjaman bank dan senang diluluskan. 

    SUMBER

    Blog

    Harga murah, lagi-lagi kalau movie baru siapa yang tak nak? Ditambah lagi movie sekarang tengah best-best, sudah semestinya kami disini nak war-warkan kepada korang semua yang TGV Cinemas sekarang dah buat hal!

    Jan 16, 2018

    PTPTN ni satu hutang memang sudah menjadi tanggungjawab korang untuk langsaikan. Perlu difikirkan juga keperluan generasi yang akan datang untuk menyambung pelajaran, kerana mereka juga perlukan pinjaman kewangan. 

    Jan 13, 2018

    Ramai yang merungut memandangkan Whatsapp tidak boleh menyembunyikan status online apabila data dihidupkan. Tapi sekarang tidak lagi! Pengguna Whatsapp dah boleh hide status online tau!

    Jan 10, 2018

    Jumlah RM 1.06 itu boleh dikatakan banyak juga jika kita kerap melakukan transaksi. Boleh mengganggu kewangan kita tau

    Jan 11, 2018

    Zaman sekarang makin canggih, semua benda boleh buay DIY je, cuma rajin atau tak je. Misalnya, macam nak buat gambar passport sendiri, tak perlu susah-susah nak ke kedai bayar mahal-mahal untuk beberapa keping.

    Jan 15, 2018