Intern Jurugambar Disini Sahaja Yang Boleh Beri Elaun RM 1,000++ & Lunch! - Maukerja.my
# Jenis Pekerjaan

Intern Jurugambar Disini Sahaja Yang Boleh Beri Elaun RM 1,000++ & Lunch! - Maukerja.my

post by Haziziren

by Haziziren

Dec 8, 2016
pada 4:32 AM

Berita baik untuk jurugambar yang diluar sana!! Korang baru je habis belajar dan sedang mencari internship? Disinilah tempatnya sebagai jurugambar di Syarikat Calaqisya. Dengan elaun yang banyak mencecah sehingga RM 1000 sebulan berdasarkan prestasi. Ditambah pula manfaat tambahan, contohnya Calaqisya ni menyediakan makanan tengahari untuk korang, bukan seminggu sekali ye tapi setiap hari! Wahh seronok betul! Mana nak dapat syarikat pemurah macam ni. Jom kita lihat apa yang mereka perlukan :

 

Keperluan

  • Mempunyai kemahiran teknikal dan bakat sebagai jurugambar.
  • Kemahiran komputer, terutamanya photoshop.
  • Komunikasi yang baik.
  • Mempunyai kemahiran memberi arahan semasa ambil gambar.
  • Mempunyai kenderaan sendiri.
  • Boleh mendengar arahan.
  • Fokus semasa bekerja.
  • Kemahiran marketing.
  • Seseorang yang kreatif dan mempunyai kepelbagaian idea.
  • Idea yang original.

Tanggungjawab

  • Sanggup untuk belajar perkara baru mengenai teknik bergambar.
  • Mengambil dan memuat naik segala aktiviti semasa Event Calaqisya.
  • Orang yang teratur, props, peralatan shooting dan sebagainya.
  • Mahir dalam photoshop.

 

Manfaat tambahan

  • Elaun intership ( bergantung kepada kemahiran dan portfolio)
  • Diberikan makanan tengahari setiap hari.
  • Elaun OT disediakan.
  • Perlindungan perubatan, klinik panel berdekatan dengan kawasan tempat kerja.
  • Solat bersama-sama dengan staff lain dan persekitaran yang positif.

 

Bahasa yang diperlukan

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Malaysia

 

Lokasi Pekerjaan

Shah Alam, Selangor, 40000, Malaysia

 

Jadi korang rasa layak lebih baik mohon sekarang sementara masih ada kekosongan. Nanti dah takde jangan menyesal pulak. Lokasi kerja pula sangat strategik kerana sekelilingnya berbagai jenis kedai dan kemudahan. Senang lah untuk korang bila kerja di sana nanti. Mohon lah sekarang dan rebutlah peluang keemasan ini.