Jadi Management Trainee Di KFC KL & Selangor ASAP, Kelulusan Diploma & Degree Boleh Mohon!
# Jenis Pekerjaan

Jadi Management Trainee Di KFC KL & Selangor ASAP, Kelulusan Diploma & Degree Boleh Mohon!

post by Aisya

by Aisya

Apr 26, 2018
pada 3:00 AM

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, banyak tempat yang sukar menawarkan tawaran kerja yang hebat-hebat untuk mereka di luar sana. Kadang tu ada yang main 'sebat' je mana-mana kerja yang ada sebab risau hujung bulan nanti takde sumber pendapatan pulak.

Kalau kami tawarkan kekosongan jawatan yang best, gaji masyuk serta manfaat yang banyak, agak-agak korang teruja tak nak mohon? Haa kalau korang nak tahu, sekarang ni KFC sedang mencari mereka yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai management trainee. Wahhh hebat tu jawatan yang KFC tawarkan!

Apa yang menariknya lagi, kalau korang kerja dengan KFC ni korang akan peroleh bermacam-macam manfaat termasuklah hari-hari korang akan dapat makan KFC percuma. So korang dah tak perlu nak fikir duit belanja untuk lunch dah lepas ni. Dan apa yang menariknya lagi ialah, KFC turut menyediakan hostel untuk staffnya tau. So korang tak perlu dah nak sewa-sewa rumah atau bilik.Jimat kan? Senang cerita Memang berbaloi lah kalau korang kerja dengan KFC ni! 

Kesemua kekosongan jawatan ni terbuka untuk kawasan KL & Selangor. So korang tunggu apa lagi? Jom apply sekarang juga sebelum terlambat!

 

>>> Klik di sini untuk pemohonan Management Trainee <<<

 

Tanggungjawab

  • Berperanan penting dalam menyampaikan perkhidmatan pelanggan.
  • Mengetuai dan memastikan jualan restoran berada dalam keadaan baik. 
  • Menyelaras dan mengendalikan kakitangan restoran di setiap jabatan.
  • Mampu memimpin, melatih dan mengawasi pasukan restoran.
     

Kelayakan

  • Diploma atau Degree dalam sebarang bidang.
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.
  • Berperwatakan menarik serta boleh bekerja secara sendirian.
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi, seorang yang energetik, teratur dan bermotivasi 
  • Berumur antara 21 hingga 35 tahun.
  • Calon berkelulusan SPM/STPM dengan minima 2 tahun pengalaman dalam industri makanan juga boleh memohon 

​Manfaat

  • Hostel & Uniform disediakan.
  • Makanan secara percuma