Jangan Ambil Mudah Tentang 'Reference,'  Ini Individu Paling Sesuai Untuk Bakal Majikan 'Contact'
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Ambil Mudah Tentang 'Reference,' Ini Individu Paling Sesuai Untuk Bakal Majikan 'Contact'

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 21, 2018
pada 3:24 AM

Resume ni terkandung banyak bahagian. Ada maklumat ringkas mengenai diri, pengalaman kerja, tahap pendidikan, kemahiran diri, dan yang terakhir sekali ada bahagian 'Reference'. Ramai yang ambil mudah mengenai reference ni tetapi korang dah lakukan kesilapan paling besar sekali. Reference ni penting sangat dan ada tujuannya mengapa perlu dikepilkan sekali dalam resume. Nak tahu korang patut letak ke tidak reference ni dan bagaimana kalau mahu letakkan, baca tips di bawah ini.

 

 

Reference adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri korang

Tujuan References adalah untuk rujukan majikan mengenai maklumat lebih lanjut mengenai anda. Untuk pengetahuan, ia sebenarnya satu berita baik! Mereka ingin tahu kelakuan anda, cara berkerja, disiplin anda sepanjang bekerja disitu memandangkan mereka tertarik dengan pencapaian anda 

Mereka juga ingin mengetahui gaji bulanan anda, adakah ia sama dengan apa yang anda letak di dalam resume, dan lagi satu majikan akan tanya reference korang, jika diberi peluang untuk bekerja dengan anda semula, adakah dia mahu? Inilah cara bagaimana majikan mengukur tahap kebolehan anda dalam pekerjaan.

 

Siapa Yang Patut Dijadikan 'References'?

Setiap 'Referees' yang anda letak di dalam resume itu diibarat seperti testimonial mengenai diri anda semasa bekerja dengan syarikat lama, nama 'Referees' itu jika anda letak orang yang berjawatan tinggi lagi bagus!

Jadi, antara orang yang sesuai dijadikan 'References' korang adalah CEO, Ketua Bahagian (Head Of Department) atau Pengurus (Manager). Mereka ini adalah tunjang utama dalam menilai prestasi anda semasa bekerja dengan mereka. 

Kemudian rakan sekerja (co-worker), dalam resume seorang sahaja Referees belum mampulah mengukuhkan resume anda, co-worker boleh menceritakan cara dan pengalaman mereka bekerja dengan anda. Pastikan orang yang dijadikan Reference ini betul-betul boleh dipercayai. Jangan letakkan kawan! Ia menampakkan bahawa anda sedang berselindung sesuatu.  

 

Kalau tak letak salah ke?​

Bukanlah tak boleh letak, tapi kalau tiada sebarang rujukan, takkan ada 'talian hayat' yang boleh meyakinkan majikan jika mereka ingin menilai anda. Bayangkan mungkin dalam banyak-banyak calon, ada dua orang yang disenarai pendek dan salah seorangnya ialah diri anda.

Jadi, dengan bantuan Reference kebarangkalian untuk anda diterima bekerja sangat cerah! "Available upon request" juga tidak digalakkan, ini juga menyebabkan majikan memikirkan anda sedang menyembunyikan sesuatu, seperti cari kerja lain secara diam, proses ini menyukarkan segelintir majikan.

 

Jadi, penting ke reference?

Kesimpulannya, Reference sangat penting! Ia bagi memudahkan majikan mengetahui maklumat lanjut mengenai anda dan membantu mereka untuk meyakinkan bahawa anda adalah calon paling layak! Bagi graduan muda, anda boleh jadikan pensyarah, penasihat akademik, pastikan minta kebenaran mereka dan kenal anda. 

 

Cara terbaik untuk letakkan reference dalam resume

[Nama Penuh]

[Jawatan]

[Nama Syarikat]

[Nombor Telefon]

[Alamat Email]