Jangan disebabkan korang desperate sangat nak dapatkan kerja tersebut, korang sanggup lakukan penipuan sewaktu temuduga kerja. Walaupun bagi korang ianya penipuan kecil je tetapi padahnya amat besar tau.
by Haziqah Muhamad
Jangan disebabkan korang desperate sangat nak dapatkan kerja tersebut, korang sanggup lakukan penipuan sewaktu temuduga kerja. Walaupun bagi korang ianya penipuan kecil je tetapi padahnya amat besar tau.
Bayangkan kalau penemuduga dapat kesan penipuan korang, agaknya apa reaksi mereka? Korang bukan sahaja dapat malu tetapi juga melayang peluang untuk diterima bekerja tahu tak? Daripada elok-elok boleh dapat kerja terus kena reject dan blacklist pula.
Penemuduga ni dah interview ramai sangat calon dan dah boleh baca lenggok korang. Kalau nak tahu, mereka ni senang je nak detect penipuan dengan berdasarkan 3 perkara ini. Kalah lie detector!
Betul ke kalau seseorang itu mengalihkan pandangan sewaktu bercakap, maksudnya dia menyembunyikan sesuatu? Jangan percaya! Itu tidak 100% sahih! Kalau nak detect samada sesorang itu menipu melalui bahasa mata, ianya amat sukar. Ada je orang yang melarikan pandangan sewaktu bercakap kerana dia malu-malu kucing.
Tapi ini ada satu cara berkesan untuk nak tahu samada seseorang itu menipu atau tidak. Individu yang menggunakan tangan kanan akan gemar untuk pandang ke arah kanan apabila cuba untuk mengingati sesuatu perkara. Itu bermaksud yang mereka jujur. Jadi kalau mereka gemar untuk pandang ke sisi kiri apabila menjawab soalan, faham-faham je lah.
Cuba perhatikan dari s egi perubahan ton, mungkin tiba-tiba mereka bercakap dalam nada yang sangat rendah dan tiba-tiba je laju macam pecut lumba lari je. Ini menunjukkan yang jawapan itu tidak datang secara semulajadi daripada diri mereka.
Ini pun menunjukkan yang mereka ni tak dapat jumpa jawapan yang dimahukan jadi mereka akan ambil masa untuk nak reka satu jalan cerita yang menarik dan boleh kagumkan korang.
Biasanya, kalau dah menipu je sepanjang masa, tekak akan rasa kering sebabnya nervous sistem mengurangkan penghasilan air liur. Ni bukan main-main, memang fakta Sains. Jadi kalau calon tu berdehem dan mencari air memang sah lah mereka ni menipu.
Pernah tak korang berhadapan dengan orang yang bukan main dia explain jawapan dia sampai 5 minit lah juga. Tanya soalan mudah je iaitu, "pernah tak lakukan tugas ini?". Dia punya penjelasan tu berpusing-pusing dan memang tak ada langsung isi. Ini adalah contoh calon yang nak cuba membohong tetapi gagal.
Orang yang suka menipu ni mereka akan cuba sehabis baik untuk nak tutup diri sendiri. Jika calon cuba sedaya upaya tidak gunakan kata ganti diri "saya" ianya mungkin memberi petanda yang mereka sedang berbohong.
Paling ketara sekali adalah gagap sewaktu menjawab soalan yang diberikan. Tapi jangan lah terus label mereka sebagai penipu sebab ada je orang yang memang gagap dari kecil. Dia dah bagi jawapan jujur tapi disebabkan kondisi dia sebegitu terus korang label sebagai penipu.
Penemuduga ni dah jumpa bermacam jenis calon dan yang paling ramai adalah calon yang gelisah seperti cacing kepanasan sebab terlampau nervous. Itu adalah lumrah, tetapi kalau calon tu asalnya diam dan tenang sahaja dan tiba-tiba sahaja apabila ditanya soalan terus gelisah tidak tentu pasal itu maknanya dia menipu lah. Memang sesuatu sangat kalau perangai sebegitu.
Gelisah tidak tentu pasal salah, kalau kekal tenang pun salah juga. Bukan, kalau calon tu memang dari awal sampai ke habis temuduga kekal tenang walaupun diasak dengan soalan susah ada juga potensi yang sebenarnya dia sedang menyembunyikan kegelisahan dia tu. Cuba baca gerak-geri dia yang tidak seberapa tu.
Ini adalah petanda yang paling ketara sekali boleh dilihat. Kalau calon tu banyak menggerakkan kali, ianya menunjukkan yang dia tidak sabar-sabar untuk meninggalkan tempat interrview itu dengan segera. Mungkin tidak selesa dengan soalan yang ditanya jadi jawapan yang diberikan pun mungkin tidak jujur.
Jika calon menggigit bibir dengan cara yang gelisha ianya menunjukkan yang mereka berasa menyesal dengan jawapan yang diberikan dan kalau boleh nak tarik balik kata-kata tersebut. Tapi jangan terkeliru pula dengan calon yang memang menggigit bibir sebab cuba nak tackle korang. Haa, itu lain maksudnya.