Jangan Dengar Sangat Pujukan Ejen Tu, Nilaikan Dulu 5 Aspek Ini Sebelum Ambil Medical Card
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Jangan Dengar Sangat Pujukan Ejen Tu, Nilaikan Dulu 5 Aspek Ini Sebelum Ambil Medical Card

post by Izuan

by Izuan

Sep 25, 2017
pada 11:30 AM

Perkongsian kali ini amat bermanfaat kepada anda yang baru mula bekerja mahupun sudah lama. Medical card ini boleh dijadikan sebagai 'pendamping' kita disaat mengalami masalah kesihatan, ia dapat membantu untuk menampung kos rawatan bagi meringankan beban kita. kebiasaannya majikan sudah memperuntukkan medical card ini kepada pekerja-pekerja mereka.

Bagaimanapun, kami pasti masih ramai individu terutamanya yang baru bekerja belum masih belum ada sebab segelintir syarikat tidak menyediakannya, terpaksalah buat sendiri. Untuk pengetahuan, Jumlah perlindungan yang tinggi dan bayaran bulanan yang rendah belum tentu memberikan manfaat berbaloi buat anda.

Kalau bergantung pada ejen, sudah semestinya mereka akan pertahankan bahawa produk takaful mereka yang terbaik, pasti anda akan terikat dengan kata-kata manis mereka. Aspek-aspek ini perlu diambil kira sebelum memilih sesebuah pakej itu samada ia benar-benar berlaloi dengan diri anda atau tidak.

1. Kenalpasti Jenis Perlindungan : Lifetime / Annual

Pertama sekali anda harus tahu jenis perlindungan, Medical Card ini mengandungi dua jenis iaitu Lifetime Coverage (Perlindungan seumur hidup) dan Annual Coverage (Perlindungan tahunan) . Kalau ejen berkata "boleh cover seumur hidup sehingga RM 500,000" anda jangan mudah terpedaya, bukanlah mahu berkata dia menipu, itu memang benar sama sekali.

Tetapi setiap tahun akan ada hadnya tersendiri, misalnya RM 100,000. Andaikata anda ditimpa penyakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi berjumlah RM 150,000, RM 50,000 itu anda perlu guna duit sendiri, ini kerana kos rawatan telah melebihi had tahunan. Lebihan RM 400,000 itu digunakan untuk tahun berikutnya.

2. Peruntukan Yang Disediakan : Co - Takaful / Co - Payment 

Co - Takaful

Maksudnya hanya beberapa peratus sahaja perlindungan takaful peruntukkan, dan selebihnya anda perlu bayar sendiri. Contohnya, anda melakukan follow-up, atau masuk wad, claim akan boleh dibuat hanya 10% daripada jumlah bil asal.

Co - Payment

Biasanya pakej ini menawarkan bayaran bulanan yang agak murah, namun ada hadnya tersediri. Katakanlah, pakej itu hanya memperuntukkan perlindungan untuk wad kelas kedua dan anda ingin menaik taraf kepada wad kelas pertama. Segala bil-bil lain (selain caj bilik) tidak akan ditanggung sepenuhnya kerana anda telah melibihi had yang ditetapkan.

3. Pembaharuan Semula (Renewal) : Guaranteed / Yearly

Yearly :

Jika Medical Card anda itu perlu di renew setiap tahun, itu maknanya Medical Card anda itu jenis Yearly Renewal, jumlah bayaran untuk pembaharuan ini kadang-kadang tidak tetap. Jika anda pernah claim sepanjang tahun tersebut, anda akan dicaj lebih sedikit.

Ada segelintir pakej, yang mengenakan syarat pengecualian dan sebagainya jika banyak buat claim sehingga faedah Medical Card anda makin berkurang. Jadi anda perlu minta penjelasan yang betul-betul terang daripada ejen mengenai pembaharuan ini.

Guaranteed :

Biasanya Medical Card yang Guaranteed Renewal ini datang daripada syarikat punya. Anda tak perlu fikir caj pembaharuan kerana tiada sebarang caj tambahan yang tersembunyi seperti Yearly tadi.

4. Berbaloi Tak Pakej Medical Card Tu Dengan Hospital Panel Disediakan?

Ketahui senarai Klinik atau Hospital panel yang diberikan itu, adakah lokasi hospital itu berdekatan dengan rumah? Berbaloi tak kalau masuk dekat hospital tu? Adakah servis di hospital itu bagus?

Dengan had yang diperuntukkan tadi, perlu diambil kira, jika hospital yang disediakan itu berdekatan dengan rumah dan harga pun berpatutan, memang bagus.

Namun kalau servis yang teruk, tak ada guna pergi ke situ, baik cari hospital lain yang lebih baik, cuma adakah Medical Card anda diterima di hospital tersebut? Ini salah satu aspek yang memang patut diambil kira juga. 

5. Polisi!

Ini aspek yang paling penting sekali! Apabila anda dilampirkan dokumen butiran lanjut mengenai pakej Medical Card itu, jangan lupa teliti di bahagian Portfolio Withdrawal Condition ketahui adakah polisi ini boleh diubah atau kekal!

Ada kemungkinan faedah yang anda terima selepas ini tidak lagi sebagus mana seperti baru mendaftar, ini kerana pakej itu telah diubah mengikut kehendak syarikat takaful itu, mungkin peruntukkan boleh jadi kurang dari RM 500,000 ke RM 300,000 dan macam-macam lagi dibataskan. 

Jadi, teliti betul-betul mengenai polisi yang ditawarkan itu, jangan kerana pakej bagus dan murah anda main balun terima. Aspek-aspek ini perlulah diambil kira. Apapun, jika anda baru memulakan pekerjaan, segeralah mendapatkan Medical Card ini. 

Sumber : Majalah Labur