Jangan Give-Up! Ini Satu-Satunya Nasihat Motivasi Diri Yang Korang Perlukan Dalam Hidup!
# Gaya Hidup

Jangan Give-Up! Ini Satu-Satunya Nasihat Motivasi Diri Yang Korang Perlukan Dalam Hidup!

post by sofea

by sofea

Feb 5, 2022
pada 6:57 AM

Jangan Give-Up! Ini Satu-Satunya Nasihat Motivasi Diri Yang Korang Perlukan Dalam Hidup!

Kadang-kadang, kita rasa macam nak give-up atau fed-up dengan sesuatu perkara yang kita rasa macam dah bagi perhatian dengan sepenuh hati, usaha 100% untuk mencapai target atau impian yang dah terbayang dalam hati, tapi dalam hidup ni, bukan senang sebenarnya nak mencapai apa yang diinginkan tanpa sebarang cabaran dan dugaan. Mesti ada je halangan yang datang tiba-tiba atau kritikan yang membuatkan kita terhenti daripada terus mencuba. Perkara yang tak diingini ini pasti akan berlaku, tak kisahlah dalam mencari kerja, menguruskan bisnes sendiri, cuba nak score dalam pelajaran atau apa-apa sahaja struggle dalam hidup ni, korang kena ingat, jangan sesekali give-up! Sentiasa cuba mencari cara untuk memotivasikan diri agar sentiasa mampu pandang ke hadapan!

Memang tak mudah untuk memberikan motivasi kepada diri sendiri, perkara sebegini memerlukan usaha berterusan, sokongan daripada orang yang berada di sekeliling dan  persekitaran yang ideal. Andai kata tiada motivasi yang korang boleh dapat daripada dunia luar, jangan risau, korang masih memiliki kawalan sepenuhnya ke atas apa yang korang baca, tonton dan dengar, terutama sekali dalam dunia internet. 

Korang boleh ikut tips yang admin senaraikan ini tentang cara yang efektif untuk memotivasikan diri sendiri:

#1 Mulakan dari sekarang dan biarkan motivasi yang mengejar korang

Korang tak perlu menunggu motivasi untuk datang menerpa, teruskan mencuba buat apa yang korang tengah usahakan sekarang ni, jangan hentikan usaha tu. Fail? Kalah? Terbuat salah? Daripada semua pengalaman ni, korang sebenarnya makin menghampiri kejayaan. Setelah kebal dengan semua ni, segalanya akan menjadi semakin mudah, lebih banyak pintu-pintu yang akan terbuka kalau sebelum ni tak nampak di depan mata. 

#2 Mulakan walaupun dari perkara sekecil mana, andai kata langkah besar yang korang rancang tu boleh membawa kepada penangguhan

Terlalu terperinci dengan rancangan yang nak dilakukan, korang akan tangguh daripada nak buat benda tu. Yelah, bila dah detail sangat, korang secara tak langsung membayangkan proses yang terlalu sempurna sampai teragak-agak nak mengambil langkah. Terus mula sekarang dan secara tidak langsung motivasi kepada diri untuk mencapai target akan menyerap jiwa! Sedar tak sedar, korang sebenarnya makin menghampiri kejayaan yang diimpikan.

#3 Buang semua perkara dalam hidup yang mengganggu motivasi diri

Bila terlalu banyak gangguan, akan membuatkan korang hilang fokus, oleh itu, tutup internet kalau perlu, tutup pintu, silentkan phone korang dan fokus kepada diri, apa yang korang nak capai, dan langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Dari kebolehan untuk fokus ni, motivasi untuk berjaya akan makin menebal dalam diri. Fikiran lebih tertumpu dan tidak mudah tergoda dengan tarikan lain yang menggangu misi korang. 

#4 Sayangi diri walaupun sedang dalam kejatuhan atau mengalami kegagalan

Sangat penting untuk korang memotivasikan diri walau sedang berada di tahap yang paling rendah dan lemah dalam hidup. Secara automatiknya, ramai orang bila jatuh atau gagal, akan mula mengutuk diri sendiri, tapi percayalah, tak ada positifnya bila buat macam ni. Korang akan menambahkan rasa benci kepada diri sendiri, dan malas untuk meneruskan usaha. Jadi, apa kata kalau korang cuba buat macam ni lepas ni untuk memotivasikan diri: Layan diri korang macam kawan baik sendiri, apa nasihat yang korang akan bagi kalau nampak kawan baik terjatuh? Cuba bangun balik dan jangan pandang belakang lagi. 

#5 Bandingkan diri dengan diri sendiri untuk melihat sejauh mana korang dah pergi

Cara untuk merasa bahagia dalam hidup ni adalah dengan mengelakkan dari banyak membandingkan diri dengan orang lain. Sebaliknya, untuk membantu motivasi diri, korang perlu banyak membandingkan diri dengan diri sendiri. Apa beza korang dulu dan sekarang? Semakin matang? Semakin banyak asam dan garam yang korang dah lalui? Banyak yang korang dah belajar? Melalui semua pengalaman ini, korang makin menghampiri kejayaan yang diimpikan. 

#6 Bersyukur dengan apa yang korang miliki

Bila motivasi diri makin menghilang, sangat mudah untuk korang melihat segala aspek dalam hidup melalui kaca mata yang negatif. Untuk mengembalikan aura positif diri dan motivasi diri, tanya diri korang soalan seperti: Apa 3 perkara yang saya tak pernah bagi perhatian tapi patut bersyukur sebab ada dalam hidup? Mungkin katil yang selesa untuk tidur? Makanan? Tubuh badan yang sihat? Atau apa sahaja yang korang ada selama ni tapi mungkin tak semua orang lain bernasib baik ada?

Jom tengok kata-kata daripada tokoh-tokoh terkenal ni untuk dijadikan sebagai motivasi diri!

“Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.” ―Dale Carnegie maukerja

“Character consists of what you do on the third and fourth tries.” ―James A. Michener maukerja

“You do what you can for as long as you can, and when you finally can’t, you do the next best thing. You back up but you don’t give up.” ―Chuck Yeager maukerja

“You just can’t beat the person who won’t give up.” ―Babe Ruth maukerja

“It always seems impossible until it’s done.” ―Nelson Mandela maukerja

maukerja “Winners never quit, and quitters never win.” ―Vince Lombardi

“Never give up on something that you can’t go a day without thinking about.” ―Winston Churchill maukerja

Jangan sesekali putus asa!