Jangan Keliru Dengan Portal Baru PTPTN, Ini 9 Step Terkini Untuk Semak Baki Pinjaman Anda
# Trending Semasa

Jangan Keliru Dengan Portal Baru PTPTN, Ini 9 Step Terkini Untuk Semak Baki Pinjaman Anda

post by Izuan

by Izuan

May 20, 2018
pada 2:24 AM

Bermula 1 Mei 2018 lepas, portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) kini berwajah baru, pasti ramai yang rasa keliru bagaimana nak buat semakan baki pinjaman kan? Sama juga macam kami, dah puas kami geledah macam mana nak cari akhirnya baru lah jumpa.

Jadi, untuk memudahkan anda semua kami kongsikan cara-cara untuk membuat semakan baki pinjaman terbaru ini. Mudah je, cuma perubahannya yang sedikit itu buatkan anda rasa 'complicated' sikit.

1. Layari Laman Rasmi PTPTN  & Klik Pada Pautan 'Utama'

2. Klik Pada Pautan 'Pinjaman Pendidikan'

Jangan keliru, klik pada pautan 'Bayaran Balik' yang di dalam kotak gelap barisan bawah, bukannya yang atas.  Mungkin inilah penyebab ramai yang masih keliru dan susah nak jumpa, sedangkan laman baru ini dinaiktaraf bagi memudahkan lagi pengguna.

3. Klik Pada Pautan ' Penyata Pinjaman Online '

4.  Masukkan Nombor Pengalan & Klik 'Cari'

5. Klik Pautanj 'Semak'

Nombor kad pengenalan anda akan tertera di bawah sejurus sahaja anda klik pada pautan 'cari', semak semula, jika betul klik pada butang 'semak'.  Mungkin bila dah kepringkat ini ramai dah mula tahu macam mana nak kendalikannya.

6. Masukkan Nombor Pengenalan Sekali Lagi Dan Kata Laluan, Klik 'Log Masuk'

Kalau anda kurang pasti, terlupa atau ada kesulitan untuk log masuk akses ini, anda boleh hubungi talian 03-2193300 untuk mendapatkan bantuan daripada pihak khidmat pelanggan mereka. Mereka boleh tolong 'reset' kan kata laluan anda. Tapi, langkah pertama cuba gunakan nombor pengenalan anda sebagai kata laluan. Kebiasaanya begitu.

7. Klik Pada Penyata Baki

8. Rujuk Pada Gambar Dibawah

9. Rujuk Gambar Dibawah Jika Ingin Tahu Tunggakan 

 

Kalau tak nak bayar pun, sekurang-kurangnya bayar jumlah tunggakan sekali dengan bayaran bulanan, barulah nama bersih daripada CCRIS. Jadi, mula lah membayar sekarang agar urusan komitmen lain dipermudahkan. Boleh je gunakan akaun 2 kwsp untuk langsaikan tunggakan dan sekali bayar bulanan terus. Untuk memudahkan lagi, anda boleh ke kaunter PTPTN berhampiran untuk membuang rundingan bayaran.

Sumber : Portal PTPTN