Jangan Lupa Beli Promo 'Buy 1 Free 1' Di Secret Recipe! Siap Ada 'Free Drinks' Lagi!
# Trending Semasa

Jangan Lupa Beli Promo 'Buy 1 Free 1' Di Secret Recipe! Siap Ada 'Free Drinks' Lagi!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 3, 2019
pada 11:59 AM

Balik kerja dah penat! Tapi kalau tak masak nanti anak-anak dan suami merengek kelaparan pulak. Letih bekerja tak habis lagi dah kena masak pulak! Aduhai.. Paham tak letih? Sekali sekala nak juga merasa balik kerja terus berehat.

 

 

Haa! Ni dia penyelesaian kepada masalah yang korang hadapi tu terutama nya 'Working Mommy' atau wanita bekerjaya yang balik kerja dah tak larat nak masak. Apa kata korang singgah je dekat Secret Recipe setiap hari isnin selepas jam 6 petang!

Terdapat lebih kurang 5 hidangan utama untuk korang nikmati demi memenuhi tuntutan perut bersama keluarga, rakan-rakan dan sahabat handai. Sebab sekarang ni Secret Recipe dengan murah hati nya buat promosi 'Secret Monday' beli 1 percuma 1 untuk setiap hidangan terpilih seperti dalam gambar diatas.

Tak penat memasak, dalam masa yang sama korang pun boleh lah berjimat! Best ke idok?

So tak payah fikir lama-lama okay, terus je gerak ke Secret Recipe berhampiran korang. Promosi tertakluk kepada terma dan syarat ye. Kat bawah ni admin sertakan syarat-syaratnya sebagai rujukan untuk korang semak!

 

Eh, boleh dapat air free? 

 

 

Setiap pembelian kek (dan beberapa menu tertentu yang lain), korang boleh pilih mana-mana pilihan minuman secara percuma! Tapi pastikan korang makan ketika waktu promosi antara pukul 3 petang hingga 6 petang. 

 

Syarat (T&C)

- Sah pada setiap hari Isnin dari jam 6.00 ptg sehingga tutup, 'Dine-in' sahaja.

- Tidak sah pada cuti umum

- Hidangan utama percuma mesti sama harga atau lebih rendah nilainya.

- Pembelian & hidangan utama percuma mestilah dalam 5 hidangan terpilih sahaja.

- Boleh didapati di cawangan Secret Recipe seluruh negara, tidak termasuk PPUM, Subang SkyPark, KTIA, Aeon Mall Taiping & Medini Mall.

- Pemilihan hidangan utama mungkin berbeza di setiap cawangan.

- Harga adalah termasuk 6% SST dan 10% Perkhidmatan Caj.

- Tidak sah dengan promosi bank lain yang sedang berjalan, diskaun bank, keistimewaan, menetapkan makanan atau tawaran.

- Pihak pengurusan berhak untuk meminda terma dan syarat tanpa notis terlebih dahulu