Jangan Melatah Kalau Dikritik Rakan Sekerja, Muhasabah Diri Dengan 5 Cara Ini
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Melatah Kalau Dikritik Rakan Sekerja, Muhasabah Diri Dengan 5 Cara Ini

post by Izuan

by Izuan

Jun 23, 2017
pada 2:17 AM

Memang bagus dan melegakan lah kalau dapat feedback yang positif dari bos dan co-workers. Tapi malangnya feedback negatif dan positif itu selalu bercampur. Memang jarang lah kalau mensuarakan sesuatu tanpa dapat feedback. Tak kira lah positif atau negatif. Kita ambil sebagi menaikkan satu platform untuk lebih bagus. Sesetengah orang tak boleh terima teguran kan. Buat kepala sendiri pun tak boleh juga.

Jadi kalau korang dalam situasi begini. Apa yang respon yang korang lakukan? Adakah menerima dengan baik atau tidak boleh terima? Bagaimana pula jika teguran mereka itu salah memang bercanggah dari kerja korang ? Apa yang patut korang lakukan. Disini kami ingin kongsikan beberapa tips untuk mengawal situasi begini :

 

1) Kalau memang ini salah korang

Katakanlah "Terima kasih banyak kerana menegur perkara ini, saya akan membetulkan kesilapan dengan segera / membuat perbezaan daripada yang ini" Tunjukkan sikap yang rendah diri dan menerima teguran sebaikkan. Di samping itu menunjukkan bagaimana korang membetulkan kesilapan untuk tidak di ulangi. Ambil dari sudut ia bukan marah, tapi memberi nasihat.

 

 

2) Kadang-kadang feedback mereka bercanggah dari objektif.

Boleh cakap " Anda membangkit isu yang benar menarik, dan pasti saya akan membuat pertimbangan. Saya hargai pertolongan anda!" Mesti Korang tak nak meng 'spoil' kan mood seseorang kan. Jadi jika rasa feedback lari dari objektif sebenar. Tegur lah dengan rasa minta maaf. Dan terangkan lebih detail mengenai projek korang. Mungkin ada 'missing part' yang mereka tak tahu.

 

3) Kalau feedback yang tidak berapa pasti.

Lebih baik berkata "Maafkan saya, tapi tidak berapa pasti apa yang anda cuba katakan. Boleh terangkan lebih lanjut ? dan kalau boleh berikan saya contoh". Ia lebih baik daripada korang menyerangnya atau mendiamkan diri. Kalau diam macam mana nak tingkatkan kualiti. Jadi komunikasi itu penting, jangan sombong kerana akibatnya akan rugi.

 

4) Dapat feedback yang positif terus lupa yang negatif.

Contoh situasi " Wow itu adalah satu pujian yang besar dan kritikan yang membina. Saya gembira jika anda menyukai nya dan saya akan cuba mengabung semua kritikan anda semua". Ini seperti korang dah berpuas hati dengan hasil kerja korang. Tapi tidak semua co-workers setuju. Jadi cuba ambil dan membuat peratusan dari semua kritikan. Bahagian mana yang perlu dititik beratkan.

 

5) Jika mendapat ayat kritikan yang kurang sopan.

"Terima kasih atas maklum balas anda. Saya pasti mempunyai idea yang jelas tentang apa yang salah dalam situasi ini. Adakah anda mempunyai apa-apa cadangan untuk beberapa perubahan secara keseluruhan saya boleh buat?" Tunjukkan korang ini professional dan tak cepat melatah di atas kritikan yang kasar. Fikir positif mungkin ia kesilapan yang besar. Jangan korang ajak bergaduh pulak. HEHE!
 
Mudahkan. Kadang-kadang sepatah ayat tu mempengaruhi semua orang. Tak semua orang boleh di tegur. Walaupun dengan cara yang baik, kerana mereka fikir ia seperti mencabar diri kita. Tidak perlu begitu kerana pentingkan diri  sendiri pun tak elok.