Jangan Pakai 'Online Bank In' Transfer ASB, Tutorial Ringkas Ini Jimatkan Caj RM 1.06 Anda!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jangan Pakai 'Online Bank In' Transfer ASB, Tutorial Ringkas Ini Jimatkan Caj RM 1.06 Anda!

post by Izuan

by Izuan

Feb 11, 2020
pada 9:22 PM

Seperti yang kita sedia maklum, segala urusan ASNB boleh dilakukan secara online, namun begitu sudah semestinya caj RM 1.06 akan dikenakan bagi membuat sebarang transaksi yang berlainan perbankan termasuklah transaksi ASNB ini.

Jumlah RM 1.06 itu boleh dikatakan banyak juga jika kita kerap melakukan transaksi. Boleh mengganggu kewangan kita tau. Jadi sebagai langkah untuk selamat, cubalah buat transaksi melalui MyASNB! Betul juga, apa yang dikatakan Nur Aliah Mohd Nor ini, pasti ramai yang masih tak tahu.

Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am - 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum.



Lia yakin dan percaya hampir 80% penduduk Malaysia tak tahu lagi ada cara yang sangat senang dan mudah untuk menyimpan duit ASB ni tanpa ada bank charges RM1.06 !

Seperti yang anda semua tahu, kalau nak simpan duit ASB melalui Maybank atau CIMB, biasa akan dikenakan charges RM1.06 sekali transaksi. Cara yang Lia nak guide ni tak ada sikit pon apa-apa caj yang dikenakan.
.
Terbukti sebabnya Lia dah cuba simpan duit ASB melalui MyASNB dan guna bank CIMB dan Maybank untuk transfer, berita gembiranya adalah kedua-duanya tidak dikenakan apa-apa caj pon. Lebih dasyat lagi, dari semua bank tempatan dan oversea pon boleh seperti HSBC, OCBC dan lain-lain. 
.
Jadi mulai dari hari ini anda boleh la simpan duit ASB dengan senang hati. Di bawah ni Lia akan kongsikan kepada anda semua step-by-step cara paling mudah untuk simpan duit ASB melalui MyASNB. Semoga bermanfaat!

Nota tambahan : Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am - 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum.
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang. 
.
Nur Aliah Mohd Nor
Suka berkongsi Ilmu penting di Telegram Bisnes
Klik sekarang https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey
#Dexandra

 

1. Klik 'Log Masuk'

Kepada anda yang Tak Pernah Register myASNB , boleh click link di bawah ini untuk belajar register:
https://www.facebook.com/liaomey/posts/10213661079026341
.
Nota tambahan :
Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am - 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum.
.
Baiklah, kepada anda yang dah register myASNB, boleh mulakan step by step di bawah ini ya.
.
1) Click “Log Masuk”.
.
Suka berkongsi Ilmu penting dan eksklusif di Telegram Bisnes
Klik sekarang https://t.me/nuraliahmohdnor

2) Masukkan ID Pengguna anda

3) Click “Teruskan”

4) Masukkan “Kata Laluan”

5) Klik “Teruskan”

6) Scroll ke bawah sikit, akan nampak point no.6 tu iaitu “Pelaburan Tambahan”. Click je mana-mana, sama ada ASB 1 atau ASB 2.

7) Pilih mana-mana bank yang anda nak guna untuk tolak duit bank anda ke tabung ASB. Contoh: Maybank2u

8) Isikan “No Akaun Bank” anda 

9) Click “Seterusnya”

10) Pastikan anda tick “Terma & Syarat” ni ya.
.
11) Click “Seterusnya”

12) Masukkan berapa jumlah yang anda nak simpan ke dalam ASB anda. Contoh : RM500
.
13) Click “Seterusnya”

14) Untuk teruskan, anda perlu masukkan huruf dan nombor yang tertera di bawah ‘Captcha’
.
15) Click “Seterusnya”

16) Click “Proceed To Pay”

Double Check

17) Pilih Bank

18) Klik “Agree and Continue”

19) Masukkan “Username” anda dan click Next

20) Masukkan password dan click “Login”

21) Klik “Continue”

22) Click je “Request for TAC” dan masukkan number TAC setelah mendapat SMS TAC Code

23) Click “Confirm”

24) Akhir sekali,  Click “Continue with Transaction”

DONE!

Syukur Alhamdulillah, finally DONE! 
.
Nanti cuba anda check baki dalam akaun myASNB, pastikan amaun yang anda topup itu akan bertambah. Dan pastikan juga dalam akaun Maybank2u anda duit akan tolak juga tanpa ada apa-apa bank charges. 
.
Tahniah! Dan selamat menyimpan duit ke tabung ASB.