Jangan Rapat Sangat Kalau Manager Korang Tu Ada 5 Perangai Ini, Nanti Makan Diri
# Pengetahuan Pekerja

Jangan Rapat Sangat Kalau Manager Korang Tu Ada 5 Perangai Ini, Nanti Makan Diri

post by Izuan

by Izuan

Dec 6, 2017
pada 6:00 AM

Manager merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam memelihara kebajikan anda sebagai seorang pekerja. Jika dia baik, pasti anda senang dengan kerja sekarang walaupun tugasan yang begitu mencabar atau kerja tersebut bukan 'dreamjob' anda.

Jika bermasalah, kerja tersebut sebahagian daripada hobi sekalipun pasti rasa tak akan rasa senang kan? Manager adalah tunjang utama dalam menentukan haluan kerjaya pekerja. Seseorang Manager yang boleh dipercayai pasti membuatkan anda untuk terus 'berkembang maju'.

Namun, jika tidak boleh dipercayai, perkara yang sebaliknya akan terjadi, anda akan sentiasa berada dibawah, ditindas malah dijadikan kambing hitam, tapi sikap mereka sukar untuk dikenalpasti, ada kemungkinan dia seperti rakan baik tapi anda tidak rasa sebarang perubahan pun dalam diri.

Sukar untuk memastikan samada si Manager ini bermuka-muka atau benar-benar jujur. Jika ada melakukan kesemua perkara ini kepada anda atau pekerja lain, ia adalah petanda yang betul-betul pasti bahawa Manager anda itu seseorang yang tak boleh dipercayai.

1. Bergossip Tentang Rakan Sekerja Lain Ataupun Orang Atasan

Dengan mudahnya Manager mendekati anda dan terus ajak bergossip mengenai orang lain di tempat kerja dalam masa yang singkat, baru sahaja mengenalinya dan caranya seolah-olah seperti rakan baik dan terus membuka pekung.

Itu adalah petanda yang Manager anda tidak boleh dipercayai. Bayangkan dengan anda dia boleh bercerita buruk mengenai perihal orang lain dengan mudah tidak mustahil jika anda juga menjadi topik dalam gossipnya jika dia bersama orang lain, mungkin dengan boss atasan?

2. Suka Memerhatikan 'Gerak Geri' Pekerja Lain

Jika Manager anda jenis suka perhatikan orang keluar masuk di tepat kerja, dia memang tak boleh dipercayai. Manager yang suka perhatikan setiap langkah pekerja berbanding dengan hasil kerja individu itu adalah Manager yang pengecut.

Manager yang pengecut akan mudah mencari kesilapan orang dan melibatkan pekerja lain untuk selindung dengan kesalahan sendiri. Misalnya, jika berlaku kesilapan atas kecuaiannya, dia akan sedaya uapaya menuding jari (dari pelbagai sudut walau tiada kaitan) untuk menampakkan bahawa dia sentiasa betul.

3. 'Ayat Manis' & Takut Dengan Boss Atasan

Baik dan sentiasa menghulurkan pertolongan, pendek kata 'boleh buat bincang' walaupun dengan masalah kecil, dan Manager memang akan bantu. Tapi dirinya akan berubah jika dia sedang berada dibawah tekanan tinggi, beza meleset dengan personaliti disaat dia tengah tenang.

Ada kemungkinan dia boleh tikam anda dari belakang ketika bersama boss atasan agar dapat 'menyelamatkan dirinya' daripada dimarahi atau dianggap teruk. Jadi, jangan terlalu menaruh harapan tinggi dengan Manager begini kerana ada kemungkinan segala pertolongan yang diberi akan berubah menjadi racun apabila diungkit nanti.

4. Sentiasa Cari Pemangsa Untuk Disalahkan Jika Berlaku Sebarang Masalah

Mungkin anda bukan orangnya, hubungan anda begitu akrab dan baik dengan Manager. Tapi jika kelakuan ini yang diamalkan walaupun kesulitan tersebut berlaku diluar bidang kuasa kerja department anda ataupun dia akan lepaskan stress kepada pekerja disaat 'mood'nya tidak baik ,maknanya si Manager ini memang bermasalah.

Siapa tahu mungkin esok lusa anda pula yang jadi pemangsanya? 

5. Terlalu Obses Kejar Sasaran

Terlalu obses kejar sasaran sehinggakan kebajikan pekerja diabaikan, apabila tidak dicapai, pasti keempat-empat perkara diatas yang akan dilakukannya. Dari situ, jelas kelihatan bahawa si Manager ini pentingkan diri sendiri. Ya, menetapkan sasaran adalah satu strategi baik untuk meningkatkan prestasi syarikat.

Namun, jika terlalu obses dengan sasaran tersebut, pasti akan berlaku persaingan sengit sehingga terjadinya 'budaya toksik' di tempat kerja kerana sasaran yang ditetapkan diluar jangkauan.