Jangan Sesekali Cuba Lakukan Ini Sewaktu Temuduga. Memang Silap Langkah! - Maukerja.my
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Jangan Sesekali Cuba Lakukan Ini Sewaktu Temuduga. Memang Silap Langkah! - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Oct 20, 2016
pada 6:02 AM

Sebagai penemuduga ni dah bermacam pengalaman mereka menemuduga calon ni sampai boleh buat buku. Mereka dah boleh kenalpasti kesalahan yang paling biasa dan kerap sekali calon lakukan dan ianya  memang berpotensi untuk mengurangkan peratusan berjaya. Paling utama sekali adalah apabila calon terlalu bersemangat berkobar-kobar memikirkan mengenai kerja dan mereka lupa untuk membuat persediaan untuk menjawab temuduga nanti. 

Ini adalah beberapa kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh rata-rata calon. Cuba tanya kawan-kawan korang mesti ada ramai yang pernah lakukannya walaupun sekali:

 

1.  Bercakap macam keretapi laju tanpa henti

Ada orang yang bila nervous dia akan berdiam diri, tetapi ada orang yang jenis bila dia gemuruh dia akan cakap tak henti-henti macam keretapi laju je. Sebab dia nak cover perasan gemuruh dia tu agar penemuduga tak sedar. Masalahnya di sini, calon tu bukannya cakap banyak menerangkan mengenai point yang diminta oleh penemuduga tetapi dia membebeal cakap benda yang mengarut dan tak diminta pun untuk diterangkan. 

Ini tak bagusnya sebab dia akan membuatkan jawapan utama korang tu terselindung dan menyukarkan penemuduga. Ianya memang akan membuatkan penemuduga rasa menyampah dan akan merasakan yang korang ni tak sesuai sangat dengan jawatan yang mereka tawarkan. Jadi sebelum korang datang temuduga tu, apa kata praktis cara bernafas untuk tenangkan diri. Okay?

2.  Tanya sepatah, jawab sepatah

Tak bermaksud kalau banyak sangat bercakap kontra dia langsung tak cakap tu lebih baik. Memang satu kesalahan bila calon jeis  yanng suka cakap sepatah sepatah je ni. Penemuduga tanya soalan macam contoh " tinggal mana?" calon tu jawab " KL". Iyelah tapi KL tu besar, dekat dengan office ke jauh ke apa ke? Penemuduga nak juga tahu jauh dan boleh ke datang ke kerja tanpa masalah?

Memang sesi temuduga tu boleh dikatakan gagal lah sebab penemuduag tak tahu pun mengenai diri korang. Luangkan masa untuk berlatih depan kawan-kawan ye. 

 

3.  Cakap besar 

Jangan tak percaya, ada tau calon yang jenis suka cakap besar. Memanjang je cakap besar sembang kencang dulu pernah kerja sini-sana gaji berkepuk-kepuk sambil penemuduga boleh makan popcorn lah nak dengar cerita hebat dia tu. Korang hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri sahaja kerana penemuduga akan rasa ragu-ragu dengan diri korang. 

Nak cakap besar pun masih ada hadnya juga. Ingat pada diri, tak bagus sebenarnya cakap besar ni. Fokus pada pencapaian terbesar sahaja yang rasanya boleh membantu penemuduga untuk menerima korang.

 

4.  Menipu secara jelas

Penemuduga boleh hidu tau kalau calon tu menipu. Paling terang sekali bila calon tu " kelentong" mengenai pengetahuan mereka terhadap company itu. Penemuduga tu dengar je segala penipuan korang dan tunggu bila rasanay tembelang korang pecah. Kalau iye pun nak menipu bukan depan penemuduga tau. Mereka lagi lama tahu mengenai syarikat tu dan kesemua maklumat memang dalam tangan lah. 

Kalau benar korang tak tahu menahu, berterus-terang dan katakan " saya minta maaf tapi saya akan cuba research balik nanti." Nah! Ianya kedengaran jujur serta nampak effort untuk cuba kaji. 

 

5.  Berkongsi terlampau banyak maklumat peribadi

Berkongsi maklumat yang terlalu peribadi kepada a penemuduga ni bukan langkah yang terbaik. Korang berfikiran yang kalau being open ni akan buatkan hubungan antara penemuduga dengan korang lebih rapat sebenarnya salah. Simpan maklumat itu pada diri sendiri sahaja. 

Ada banyak situasi di mana penemuduga kalau boleh nak ulang balik masa dan hentikan calon daripada bercerita kisah peribadi mereka. Ianya akan membuatkan mereka rasa serba salah untuk terima atau tidak dan dah timbul satu peresepsi buruk kepada korang. Jadi elakkan ye.

Ini adalah 5 tips yang korang patut elakkan sama sekali. Mungkin pada masa depan nanti kami akan cuba untuk kongsikan tips-tips lebih dan lebih mendalam dalam bagaimana untuk menghadapi temuduga. Selamat maju jaya semua!