Mungkin ramai antara korang yang sekarang tengah 'frust' line internet tengah lembap kan? Kali ini, tak payah nak susah payah reset modem, pergi re setting balik dan paling penting sekali jangan terminate dulu!
by Izuan
Mungkin ramai antara korang yang sekarang tengah 'frust' line internet tengah lembap kan? Kali ini, tak payah nak susah payah reset modem, pergi re setting balik dan paling penting sekali jangan terminate dulu!
Pakej Unifi yang korang langgani akan dinaik taraf sebanyak 10 kali ganda! Tak perlu buat apa-apa sebab TM akan 'upgrade' sendiri kelajuan Unifi korang!
Ia merupakan peningkatan yang dirancang kepada lebih 800,000 pelanggan Unifi yang sedia ada. Yuran langganan bulanan yang sama, dengan kuota tanpa had.
Ini senarai pelan Unifi yang akan dinaiktarafkan:
TM juga mendedahkan bahawa pelan 800Mbps akan mempunyai kelajuan muat naik sehingga 200Mbps. Selain itu, jika korang pelanggan pelan Unifi yang berada di bawah 20Mbps, korang akan dinaik taraf menjadi 100Mbps!
Peningkatan kelajuan bergantung pada premis korang, maknanya jika premis korang hanya dapat menyokong kelajuan hingga 100Mbps, itulah semua kecepatan yang akan korang dapatkan. Selain itu, peningkatan kelajuan ini akan dilancarkan dalam fasa mulai 15 Ogos 2018.
Tambahan lagi, peningkatan kelajuan turbo ini tak terikat dengan kontrak baru melainkan perkakasan baru diperlukan untuk menyokong kelajuan dinaik taraf.
Bagi pelanggan yang masih belum mendaftar sebagai pelanggan Unifi Home, TM menggalakkan korang untuk mendaftar ke mana-mana cawangan Unifi yang berhampiran sebelum 31hb Disember 2018 kalau nak menikmati peningkatan kelajuan dalam fasa bermula 2019. s