Jangan Tinggalkan 10 'Benda Penting' Ini Di Dalam Kereta, Bahaya!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jangan Tinggalkan 10 'Benda Penting' Ini Di Dalam Kereta, Bahaya!

post by Nazatul

by Nazatul

Aug 20, 2021
pada 7:50 AM

Jangan Tinggalkan 10 'Benda Penting' Ini Di Dalam Kereta, Bahaya!

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun sememangnya satu rahmat kepada kita. Bagaimanapun disebabkan cuaca yang panas, kita sebenarnya perlu berhati-hati apabila meninggalkan barangan di dalam kenderaan.

Ini senaraikan 10 'benda penting' yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kenderaan bagi menjamin keselamatan korang dan kenderaan:

 

1. Botol Air Plastik Penyebab Kanser

Tahukah korang? Air yang ditinggalkan dalam kereta, haba akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol dan seterusnya hasilkan dioksin ke dalam air. 
Apa tu dioksin? Dioksin ni adalah sejenis toksin yang banyak di temui di dalam tisu penyakit kanser payudara!

Haaa, berdebar hati bila baca salah satu punca kanser payudara ni.

Seeloknya, gunakan botol 'stainless' atau botol kaca bukan plastik tau khususnya untuk wanita!

2. Kaca Mata Longgar Apabila Dipakai

Korang terkejut bukan? Selama ini kita memang menyimpan kaca mata khususnya cermin mata hitam di dalam kenderaan bagi memudahkan penggunaannya di siang hari. Namun adakah anda perasan hanya selepas beberapa penggunaan, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata korang mengalami perubahan bentuk?

Suhu panas di dalam kenderaan akan melembutkan apa sahaja bingkai yang diperbuat sama ada daripada plastik, asetat atau nilon. Akibatnya kaca mata korang akan longgar apabila dipakai.

3. Jangka Hayat Bateri Telefon Semakin Pendek

Peralatan elektronik seperti telefon pintar, pemain MP3, iPad dan semua daripada kelompoknya juga tidak boleh ditinggalkan dalam kenderaan.

Suhu panas yang terkumpul di dalam kenderaan akan merosakkan fungsi gajet elektronik anda terutamanya bateri.

Maka usah bising kalau jangka hayat bateri anda semakin pendek sekiranya anda tergolong dalam individu yang kerap meninggalkan telefon pintar di dalam kenderaan.

4. Minyak Wangi Tak Ada Haruman

Janganlah tinggalkan minyak wangi di dalam kenderaan. Apa guna korang membeli haruman berjenama pada harga yang mahal jika akhirnya bauannya berubah?

Suhu panas dalam kenderaan akan menyejat bauan daripada minyak wangi. Maka minyak wangi pun bertukar menjadi minyak tanpa haruman. Hmmm rugi laa macam tu kan!

5. Lipstik Mudah Cair

Wanita memang gemar meninggalkan alat solek di dalam kenderaan terutamanya lipstik. Kebiasaan itu mesti dikikis kerana lipstik mudah mencair apabila terdedah kepada cuaca panas.

6. Surat Dan Dokumen Penting

Apa sahaja surat atau dokumen (bil elektrik atau air) sering ditinggalkan di dalam kenderaan. Korang perlu berwaspada kerana kesilapan kecil ini boleh mengundang padah.

Surat dan dokumen lengkap beralamat serta mempunyai maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan mesti dielakkan daripada disimpan di dalam kenderaan. Sekiranya kenderaan korang dipecahkan atau dilarikan pencuri, maklumat penting tersebut berkemungkinan besar untuk disalah guna.

7. Pemetik Api Boleh Mengundang Bahaya

Ketika cuaca panas, pemetik api yang ditinggalkan dalam kenderaan boleh mengundang bahaya. Biarpun kecil, ia boleh meletup akibat tekanan ekoran peningkatan suhu di dalam kenderaan.

Akibatnya, cermin kenderaan anda mungkin merekah atau meninggalkan lubang pada kerusi.

8. Ubat-ubatan 

Apa sahaja jenis ubat terutama pil-pil yang diperoleh daripada doktor tidak boleh disimpan di dalam kenderaan. Apabila cuaca panas, suhu dalam kenderaan juga meningkat sekali gus mengubah struktur molekul dalam ubat-ubatan.

Ia juga akan memyebabkan keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

9. Powerbank Ada Potensi Untuk Meletup Dalam Kereta

Aduh . Parah nihh.. Powerbank pun boleh meletup tau . Korang jangan ambil perkara ni ringan je tau. Tambah-tambah cuaca panas ni. Jangan sesekali korang tinggalkan powerbank korang tu dalam kereta.

Bukan setakat powerbank, alat elektrik lain pun jangan la tinggal dalam kereta. Tahu-tahu je lah cuaca sekarang ni. Macam-macam boleh terjadi. Peringatan dan pengajaran untuk semua juga.

10. Paling Penting Jangan Tinggal Anak Tau!

Bagi mengelak kes terlupa atau tertinggal anak di dalam kereta sehingga menyebabkan kematian. Adalah menyarankan ibu bapa meletakkan kanak-kanak di kerusi khas dalam kenderaan khusus untuk bayi dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dan meletakkan bayi di tempat duduk depan.

Jika seorang anak kecil tertidur di dalam kerusi kanak-kanak ‘car seat’ mereka, lebih-lebih lagi jika ia berada betul-betul di belakang kerusi pemandu, pemandu tidak akan menyimpan maklumat visual untuk mengingatkan dirinya bahawa ada seorang anak yang sedang tidur di belakang.

Sudahlah kecil, senyap pula tu. Mana tak terlupa maknya? Ini memang boleh mengakibatkan si ibu terlupa yang anak kecil tertinggal di dalam kereta!