Jawapan Yang Tak Patut Korang Bagi Kalau Ditanya 'Tell Me About Yourself'
# Pengetahuan Interview

Jawapan Yang Tak Patut Korang Bagi Kalau Ditanya 'Tell Me About Yourself'

post by Aisya

by Aisya

Feb 16, 2022
pada 7:50 AM

Macam-macam tips admin dah kongsikan untuk korang yang bakal hadir interview ni. Betul, sebelum nak datang interview ni perlu siapkan diri betul-betul. Selidik soalan-soalan yang bakal ditanya dan praktis praktis praktis sampai lancar. Ramai yang beranggapan perlu beri lebih tumpuan pada soalan yang challenging je. Salah tu korang sebab soalan simple mudah ni lah yang ramai tergagap bila ditanya. Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab tak pernah nak berlatih jawab soalan tu, dalam hati siap cakap 'soalan kacang boleh letak tepi.' Amboi yakin sungguh! Jadi kali ni team Maukerja ada jawapan cara-cara untuk jawab soalan ketika ditemuduga.Kali ni tip dia adalah bagaimana untuk jawab soalan "Tell Me About Yourself".

Soalan ni selalu awal-awal lagi bos akan tanya. jawapan yang korang bagi ni akan bagi satu impression lah tentang diri korang. Memang soalan general je tapi koranag kena pandai nak jawab macam mana untuk betul-betul menjawab soalan. Jadi pastikan jawab dengan betul-betul dan jangan main-main. Jadi nak tahu apa contoh jawapan yanng tak berapa nak kena sangat? 

1. Ulang balik apa yang dah ada dalam resume

Bos tanya soalan ni bukan sebab dia malas baca resume korang dan harapkan korang bagitau dia. Bukan, bukan macam tu. Soalan ni ditanya sebab nak uji cara korang jawab. Kena ke tidak dengan apa yang dia harapkan. Elak jawab dengan beritahu nama penuh, umur, tinggal mana, bilangan adik beradik dan segala info peribadi yang boleh baca dalam resume. Jawapan yang macam ni kurang impressive untuk bos. 

2. Ceritakan hobi suka memasak, tengok wayang..

Eh boleh pula dia bagi list segala hobi dan minat dia yang tak ada kena-mengena langsung dengan jawatan yang dimohon. Kalau yang jawab macam ni bos ingat korang syok sendiri pula. Melainkan kalau hobi d an minat korang tu ada kena mengena dengan kerja tapi itupun kena pandai susun ayat dan kembangkan biar bos rasa wow! 

3. Beritahu pengalaman kerja korang

Kalau bagi jawapan macam ni sebenarnya sikit je lagi korang nak capai tahap paling okay. Ceritakan pengalaman kerja semua  memang bagus sebab bos nak tahu apa je pengalaman yang korang ada cuma yang terkurangnya bila korang tak ceritakan sekali pencapaian korang atau apa yang korang dah buat semasa kerja dulu.

Lebih baik kalau korang highlightkan perncapaian tertinggi korang masa kerja dan segala jenis skills yang korang dapat belajar. Bila korang jawab macam tu bos akan fikir yang koranag mampu untuk bawa syarikat ini lebih maju kehadapan. 

Jadi nak tahu macam mana untuk jawab dengan betul? Jawapan last ni baru betul-betul ngam.

4. Kaitkan hobi korang dengan jawatan yang dimohon

Macam contoh kalau kerja yang korang minta tu sebagai Social Media Expert dan hobi korang adalah upload video di youtube, active di social media dan tahu selok-belok penggunaan social media dan segala yang trending. Ini memang sangat kena dengan jawatan tu. Ini bagi impression yang korang mahir untuk gunakan dan boleh dipercayai untuk handle update social media company.

Jadi soalan Tell Me About Yourself ni sangat tricky okay! Untuk lebih info dan nasihat tentang interview jangan lupa untuk subscribe youtube MauKerja.