Jika Tempat Kerja Korang Ada 8 Perkara Toksik Ini, Baik Lah 'Angkat Kaki'. Tunggu Apa Lagi?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Jika Tempat Kerja Korang Ada 8 Perkara Toksik Ini, Baik Lah 'Angkat Kaki'. Tunggu Apa Lagi?

post by Aisya

by Aisya

Jul 16, 2017
pada 10:18 AM

Bersyukurnya bila ditawarkan kerja! Selepas berbulan lamanya mencari akhirnya terjawab juga. Tanpa berfikir panjang, korang pun terima tawaran tersebut kerana desperate sangat. Nak dijadikan cerita, selepas beberapa bulan baru perasan yang ada sesuatu yang tak terkena dengan tempat kerja korang tu. Korang sedar yang tempat kerja tu bermasalah betul dan terutama sekali perangai bos.

Alahai, mengapa lah dari dulu lagi tak sedar perkara ni? Kalau korang masih ragu-ragu samada buat keputusan yang salah atau betul dengan terus bekerja di sana, cuba perhatikan 5 petunjuk yang jelas ini. Kalau ada, dinasihatkan untuk angkat kaki sahaja lah.

 

1. Semua benda tak boleh dibuat

Datang office, hadap tugas yang sama dan kekal sebegitu sampai lah bila-bila. Bos tak pernah nak bagi tugas yang mencabar dan lain sedikit dekat korang. Tak pernah pun dia fikir korang ni ada belajar kemahiran atau perkara baru ke sepanjang bekerja di sini. Henti sahaja lah, tempat di sini tidak akan kembangkan kerjaya korang.

 

2. Bos tak gemar terima idea korang

Semua benda kena ikut cakap bos dan kalau ada pekerja yang mahu berikan pandangan dia akan pangkah bulat-bulat tanpa beri masa untuk beri penjelasan. Setiap masa asyik bos je yang betul dan korang lah yang selalunya salah. Best ke kerja di bawah majikan sebegitu?

 

3. Hasil kerja korang tak pernah betul di mata dia

Sudah lah tak pernah beri peluang untuk mencuba perkara baru, setiap kali kalau hantar tugas mesti ada je benda yang salah di mata dia. Kadang tu font tulisan pun dia akan mempersoalkan. Sebenarnya apa yang bos korang ni nak? Dia tak suka dengan hasil kerja ataupun ada masalah personal dengan korang?

 

4.  Langsung tak beri ‘chance’ untuk korang berkembang

Orang lain bukan main lagi bos belikan software baru siap hantar ke kelas lagi untuk nak amsterkan skill penggunaan software tesebut tapi bila bab korang je, taka da perkara baru pun yang dia berikan.

Bosannya bekerja bila korang tak pelajari perkara baru. Semuanya korang kena cari sendiri tanpa usaha dari pihak majikan untuk berikan. Mungkin pelaburan pada korang adalah sia-sia?

 

5. Pekerja kerap bertukar-tukar

Sudah macam hotel pula syarikat ni, sebab setiap masa ada je yang berhennti kerja dan diganti pula dengan muka baru. Tak sampai setahun, pekerja baru tu pun berhenti dan diganti lagi dengan pekerja baru. Tak perasan ke mesti ada sesuatu yang tidak kena boleh jadi dari segi organisasinya?