Jom Kenali Personaliti Diri & Kerjaya Yang Sesuai Untuk Korang Melalui Test Ini !
# Gaya Hidup

Jom Kenali Personaliti Diri & Kerjaya Yang Sesuai Untuk Korang Melalui Test Ini !

post by Aisya

by Aisya

Jun 14, 2018
pada 4:17 PM

Perkara yang berkaitan dengan personaliti ni memang best. Kita boleh test apa sebenarnya personaliti kita melalui soalan-soalan yang diberikan dan keputusannya akan menguji sama ada kita ni dalam kategori yang mana satu. Ada yang baru tahu bahawa selama ni dia adalah introvert atau extrovert dan baru tahu kewujudan ambivert! Jadi kalau korang mencari apakah sebenarnya personaliti korang, ini lah yang jawapannya. Kami sediakan beberapa personaliti test mengikut kategori khas buat anda! Ianya berguna tau untuk alam pekerjaan kerana korang perlu tahu dahulu apakah personaliti sebelum menempuh alam kerjaya. Sambil-sambil bosan buat kerja tu apa kata cuba:

 

1. Untuk mengetahui persoaliti diri secara keseluruhan

Ini khas jika korang mahu mengetahui personaliti diri secara amnya. Soalan-soalannya menguji korang dalam pelbagai aspek personaliti. Ianya juga sering kali diguna pakai oleh HR untuk mengetahui personaliti pekerjanya. Kerana ianya tidak boleh ditipu.

Berdasarkan kajian Carl Gustav Jung dalam psychological traits seperti contoh introversion atau extroversion dan juga ujian yang paling popular iaiitu Myers-Briggs test. 16 personalities ini merangkumi aspek 'Big Five' iaitu minda, energy, nature, taktik serta identiti. Cuba lah jawab soalan ini kerana korang boleh tahu sikap kerja, kekuatan dan kelemahan yang mungkin selama ini korang tak perasan.

 

2. Untuk mengetahui betapa cerdiknya korang

Kalau nak tahu tahap IQ korang ni selalunya perlu dibayar semata-mata untuk satu ujian, tapi ini adalah salah satu platform yang boleh korang gunakan sekadar suka-suka untuk ketahui apakah tahap IQ korang. Apa kata korang ambil ujian ini dan boleh lah tahu apaah tahap pengetahuan am korang dan sebagainya.

Ianya adalah ujian yang benar-benar direka untuk mengetahui aktiviti otak oleh seorang researcher PhD untuk nak mengkaji apakah tahap IQ. Pada penghujung keputusan, ianya akan dipisahkan dalam dua kategori iaitu left-brain serta right-brain.

 

3. Untuk nak tingkatkan kepandaian emosi

Emotional intelligence sama pentingnya dengan IQ tidak kira lah dalam kerja atau luar kerja. Jadi EQ ini adalah satu kelebihan untuk memproses atau mengawal emosi diri, serta memahami pengaruh emosi dalam sesuatu hal. Ianya adalah satu kemahiran yang penting dalam sektor pekerjaan. Jadi lakukan ujian ini untuk mengetahui bagaimana korang boleh lakukan untuk nak meningkatkannya.

Secara ringkasnya IHHP, satu ujian yang mengandungi soalan-saoalan yang lebih straightforward tentang bagaimana sikap korang dikelilingi orang lain dalam menghadapi sebarang situasi. 

 

4. Untuk mengetahui lebih lanjut laluan kerjaya yang sesuai

Mahu tahu jawatan atau kerja apakah yang sesuai dengan diri korang? Atau pun kemahiran apakah yang diperrlukan untuk kerja yang dimahukan? Ini lah ujian yang sesuai.

Ianya merangkumi 4 major komponen dalam kemahiran interpersonal iaitu pendengaran, komunikasi secara  lisan, EQ serta kerja berkumpulan. Jawapannya akan menentukan samada korang atas, atau bawah daripada range.

Ini memang satu ujian yang sangat best dan lebih terperinci dalam pelbagai situasi kerja. Ianya juga akan berikan korang beberapa pilihan untuk kerjaya yang diinginkan.