Jom Kita Kenali Personaliti Seseorang Itu Melalui Jenis-Jenis Kopi Kegemaran Mereka - Maukerja.my
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Jom Kita Kenali Personaliti Seseorang Itu Melalui Jenis-Jenis Kopi Kegemaran Mereka - Maukerja.my

post by Aisya

by Aisya

Jan 4, 2017
pada 3:28 AM

Sehari kalau tak dapat secawan kopi rasa macam tak lengkap je diri. Kopi ni macam minuman wajib di ambil setiap pagi, betul tak? Ada orang suka kopi yang pekat dan hitam dan pahit dan ada juga orang suka kopi yang dicampur dengan creamer manis melekit. Masing-masing ada pilihan tersendiri. Jangan main-main, sebab ada sesetengah orang dia memang tetap dengan pilihan kopi dia tu bertahun-tahun lamanya dan tak pernah berubah. 

Haa.. sebabkan ini lah kita boleh tahu personaliti seseorang itu berdasarkan pilihan kopinya. Ini bukannya main-main kerana ada kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Jom tanya pada diri, apakah maksud di sebalik pilhan kopi korang tu? 

1. Peminat tegar cappuccino, seorang yang berkuasa

Mungkin korang tak nak mengaku tapi mereka yang minat cappuccino ni adalah seseorang yang suka pada kuasa. Korang mungkin seseorang yang sedikit keterlaluan tetapi yang bestnya korang ni sangat kreeatif dan bermotivasi tinggi. Sifat jujur ada dalam diri dan korang tahu apa yang diri korang mahukan dan akan kekal orang paling hadapan dalam segala perkara. Korang juga senang untuk berasa bosan tetapi korang ni sangat lah taat pada kawan-kawan!

 

2. Team Affogato, jenis yang periang dan fun!

Sama seperti pilihan kopi korang iaitu kopi hitam pekat dan sedikit manisan di atas! Korang adalah individu yang sangat riang, gembira dan sering kali bersedia untuk happy time. Korang sememangnya bukan jenis morning person dan lebih gemar aktif di waktu malam. Korang juga gemar minum kopi selepas makan malam, iye ke? Korang ini jenis yang sangat fun tetapi korang lakukan tugas mengikut masa dan rentak sendiri. 

 

3. Ada yang gemar ristretto? Memang korang rare lah

Confirm korang ni jenis yang rare. Korang sebenarnya sedar yang korang ni rare sebab siapa je yang order kopi sebegini kan? Hehe.. Barista pun akan cakap yang korang ni rare betul, kalau tak percaya cuba tanya. Korang ni memang terbukti lah ada taste yang sangat berkelas tapi korang bukannya jenis yang try hard acah-acah hipster ke apa. Mungkin ada harinya  korang kena cuba pula latte, betul tak? 

 

4. Espresso lover! Jangan lah terburu-buru sangat

Cepat dan senang dan terus on the point! Korang ni jenis yang selalu terburu-buru jadi sebab itu lah korang gemar kopi yang kuat dan pekat dan cepat. Korang ini adalah seorang ketua dan bekerja keras tetaoi perlukan sesuatu untuk nak hit korang. Secawan kopi espresso lah jawapannya! Kalau tak dapat kopi memang moddy teruk lah. Korang tahu bagaimana mahu dapatkan apa yang korang mahukan dan korang selalu di track yang betul. Chill sikit mungkin harini korang ke slow-slow dan enjoy the day je.

 

5. Long Black kopi adalah seorang yang straightforward

Senang cakap korang ni jenis yang straightforward, dan kalau nak aim satu benda tu memang staright je terus aim. Korang minat warna hitam dan putih dan bukan jenis yang suka mess around. Tapi ini lah kualiti yang orang sekeliling gemarkan. Korang ini lah minimalist yang gamabr dekat Instagram tu berseni dan warna hitam putih je. Ada masa korang ni pendiam dan sedikit moody dan juga mungkin orang ingat korang ni jenis yang serious je. Ambil lah masa untuk tukar selera dan campurkan susu dalam kopi korang untuk lebih manis!

 

6. Say yes kepada Latte kerana korang ni suka pastikan perkara berjalan lancar

Korang suka perkara yang mudah dan kadang-kadang korang boleh juga jadi yang sukar untuk buat keputusan. Korang ni lebih suka jadi team player daripada yang memimpin. Korang akan pastikan setiap perkara berjalan dengan smooth dan senang. Tapi korang ni gembira juga untuk dikelilingi dengan perkara yang sukar kadang-kadang. Apa kata korang cuba untuk lakukan sesuatu yang gila-gila dan gembira daripada hanya  melakukan perkara yang biasa dan normal je.